Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4107
View
85
Reply

[Tempatan] 'Abah minta maaf, jaga diri' - Nota terakhir tulisan tangan pesakit Covid sebelum dikomakan

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-11-2020 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 21-11-2020 03:06 PM

'Abah minta maaf, jaga diri'
MyMetroUtama

image.png
NOTA yang ditinggalkan Ahmad kepada anak dan isterinya. FOTO Ihsan FB Fika Maira.

Zahratulhayat Mat Arif
zahratulhayat@nst.com.my

Ipoh: "Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua"

Itu kata-kata terakhir Ahmad Mohamad Talib, 58 kepada isteri dan anak-anaknya sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, Rabu lalu.

Gambar pesanan bapanya yang ditulis di atas dua helai kertas viral di media sosial selepas dikongsi anaknya Syafiqa Humairak, 32, di laman Facebook miliknya.

Syafiqa Humairak berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.

Menurutnya, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.

"Abah tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif (selepas dimasukkan ke hospital). Keadaannya juga bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.

"Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syafiqa Humairak berkata, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif Covid-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.

Bagaimanapun, Syafiqa Humairak tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.

"Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian. Saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.

"Saya juga hanya dapat melihat jenazah arwah abah dari jauh. Covid-19 sangat bahaya, hanya dalam tempoh beberapa minggu ia 'membunuh' abah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 11:52 AM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-11-2020 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih la pulak baca ni.. meninggal akibat covid x dpt nak tgk jenazah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk TGD yg siri pasal covid mak aii sedih betul masa doktor2 siarkan video call terakhir family nk tatap wajah masa doktor cabut ventilator...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu semoga Allah swt bagi kekuatan pada seluruh keluarga
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 02:26 PM | Show all posts
Thx mod @Xim kerana kembali membenarkan thread ini bernafas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes meningkat dekat dgn rumah parents I, kat Ipoh. Hari2 I called parents, pesan jgn keluar rumah apa semua. Syukurlah parents jenis ikut SOP.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah give up pasai benda nih. orang keliling mak aku still takde kesedaran. aritu pakcik aku, anak dia dari KL lepas pulak balik sampai ke kedah, sedangkan pakcik aku sihat je. balik hepi2 kongsi gambar bagai. balik 3 orang, laki bini dan anak, laki bini keje kat KL dan anak hantar pengasuh. risiko memang ada. sehari selepas anak pakcik aku balik KL, hepi2 pakcik aku datang rumah aku nak melawat mak aku. sampah punya orang tua. Pak dengan anak sama bongok. bila cakap pasai covid, katanya maut di mana2 saja. sampah lah kau, kalau mak aku sakit, dia dengan anak dia ke nak jaga mak aku? silap2 dengan aku kena sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum dikomakan tu mesti dorang bagi peluang mengucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..meninggal sorang, kebumi pun sorang je anak yg blh datang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zul yahya dan followernye tlg la baca..bukak minda tu..jgn bangang sgt terikut2 sgt berteori konspirasi bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgnlah ambil ringan.  Seriously, covid-19 ni berjangkit jadi patuhilah SOP.  Do our part.  Dia bukan mcm demam denggi, darah tinggi, diabetes, jantung, obesiti, kanser dll yg mmg di sekeliling kita krn yg tu x berjangkit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:28 PM | Show all posts
Salam takziah, semoga keluarga arawah bertabah dengan dugaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 21-11-2020 03:09 PM
Zul yahya dan followernye tlg la baca..bukak minda tu..jgn bangang sgt terikut2 sgt berteori konspir ...

Zulyaya kebal...masuk air dlm hidung je dh blh sembuh dr kobid
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 21-11-2020 03:41 PM
Zulyaya kebal...masuk air dlm hidung je dh blh sembuh dr kobid

Org taman ai pon ade mcm zul yahya tu pastu nak suruh2 org surau jgn ikut sop time solat..gile btol..nak mati p mati sorg jauh2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kobid ni xda kata pakar konspirasi yang matik tu sebenarnya mmg sb penyakit sedia ada katanyaa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..covid membunuh.
Yang tak sedar diri, langgar sop tu plak sengaja membunuh diri sendiri.
Semoga cepat dijangkiti kepada yg tak reti bahasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-11-2020 03:00 PM
Sebelum dikomakan tu mesti dorang bagi peluang mengucapkan

Klu nk operate, Sblum bg ubat bius pun doktor akn remind suh mengucap n selawat sblum tak sedarkn diri..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kisah mira yg kluster permatang tu pun sedih teruk sangat dia kena.
Ada kawan fb iols dia cam ala pro anti vax skit la
Baru2 ni kena kuarantin taktaula dia tu negatif ke tak tp ya ampun asik kecoh kat fb. Macam2 dia komplen ngn procedur KKM ni.
Gaya mcm dia nak kata covid ni cuma permainan je dan mcm2 lagi laa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:01 PM | Show all posts
takziah untuk keluarga arwah..moga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah...

jangankan zul yahya, dalam porem ni pun berlambak perlekehkan covid atas alasan jumlah mati kecil...
walaupun jumlah kematian kecil, yang berjangkitnya ramai...
lepas sembuh pun masih ada masalah2 berterusan seperti sesak nafas, sakit dada dan sebagainya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-11-2020 05:51 PM
Baca kisah mira yg kluster permatang tu pun sedih teruk sangat dia kena.
Ada kawan fb iols dia cam  ...

Boleh share sy izinkan utk create awareness
Covid fighter 1 family
16 org positif
1 meninggal (mak)
Kluster permatang

Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari mira di hospital sebab covid,mira da janji dengan semua nak cerita semua kan..ya mira tepati hari ni...harap boleh ambil iktibar dan pengajaran.maaf jika penulisan mira kacau bilau..mira cuba..

22/10/2020
Mak masuk icu kpj perda
Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata

23/10/2020
Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes..xpasti buat swab test result negatif.

24/10/2020
Mak dah pindah wad biasa,boleh melawat mak dah.mak ngadu penat ,muka mak bengkak habis

26/10/2020
Besday mak,aku sambut beli bouquet,beli rantai emas kat mak,sebab kali terakhir mak datang ipoh,mak cakap mak teringin nak rantai emas,sedih sgt mak tak sempat pun pakai,malam.tu mak nak fries mcd..mak mkn skit ja,mak kata teringin..tapi mak makan 2 3 fries saja  

27/10/2020
Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok,mak kt icu tp mak nak mee sotong plak,abg beli mee sotong,kak ipar suapkan mak,kmi kena gilir2 naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli.kami ank2 kena jumpa doc2 mak,sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c

29/10/2020
Mak dah intubate,atas keizinan kami semua,sempat aku cium mak sblm intubate,mintak ampun dengan mak..belai2 mak.rupanya tu kali terakhir dpt syg mak.cium.makk.  

30/10/2020
Mak dah koma,keadaan mak dah kritikal,doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak.
Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.

31/10/2020
Abang aku pagi2 dah call,bgtaw mak positif covid utk swab test ke2,hanya Allah saja tahu perasaan aku,meraung nangis2,aku taw dgn keadaan mak yg kritikal,hrpn mak nak baik sgt2 tipis,mak kena transfer ke icu gh penang,makanya tercetus la.kluster permatang dari mak aku,sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana,ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb,sbb covid tu kta xnmpk...klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..

Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp.jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu,kami plak kena swab 2/11..kak ipar dapat result hari yang sama jgk,sbb contact rapat,jd positif dan ambulan pun dtg ambil.time ni org kata dia pncetus..ksian dia..dia pn xtaw apa2..kmi pn xthu dri sapa kmi dpt..covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg.asbab mak aku positif smua buat cerita bukan2..xapala..kmi redha..ni ujian buat kmi

1/11/2020
Abg aku no 3 pegi swab test,sbb simptom dia smkin trok..kmi plak kkm mtk swab test 2/11..utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test..
Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil..

2/11
1 family aku ke kk kulim utk swab test
Simptom aku pling trok
Batuk,demam on off,muntah,sakit dada macam kena tumbuk,nafas xlepas,aku xtggu result dah,mlm tu jgk aku serah diri kt hospital kulim sbb aku xleh bnafas,dlm brapa jam.hosp kulim transfer aku ke hosp sultanah bahiyah alor star

3/11/2020-5/11/2020

Suhu aku 39,oxygen aku xcntik.kena tambah darah sbb hb jd 7,kena pakai gas,malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru,oxygen aku drop trok.malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.dia mtk no suami aku utk inform smua in detail..aku dah ngis2 merayu kt doc..xnk kna intubate mcm mak,aku msih bole lawan.aku nk cuba lawan..

6/11/2020
Abg aku plak ke icu,sama stuasi mcm aku,oxygen drop,ssungguhnya covid ni sgt jahat,mcm2 dia serang aku n abg aku..sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif..baby 4 bln ank kakak aku pn positif  

8/11/2020
9.13 pagi,mak dah meninggalkan kami untuk selamanya,mak dah lawan 8 hari,mak dah xmmpu,..mak dah penat,pling sedih buat keluarga aku,kmi sorg pn xbole blek tgk mak,smua kt hosp sbb covid,tggl suami dgn ank2 buah 3 org ja ngatif,tp xbole kluar sbb kuarantin,sedih sgt.pakai wakil buat pngecaman jenazah mak,kubur pn xbole tgk.smoga mak tenang dsana..Al-fatihah

Dan aku di icu selama 2 mggu,berperang dengan sakit,kena isolate sorg2 dlm blik,sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk2.boleh kata cond aku sgt2 xok.bole refer post2 di gambar..penat 2 mggu tu Allah sja thu..hri2 aku bperang sgn sakit.

16/11/2020
Alhamdulillah akhirnya aku recover,dah kena transfer ke hsb lama..wad biasa,skarang dlm proses recover,dpt dduk sblh suami..dia positif swab test ke2 hri ke 14..ank2 buah 3 org tu power..smpai skrg ngatif..immune pling power

21/11/2020
Hri ke 20,doc cakap klu 21 hari aku bole.balik dh,mudah2an amin,1 je nk pesan buat org dluar sana..bila ada teman2 sdara mara kena c0vid,shrusnya kita support emosi diorg,bukan kta tokok tambah cerita,buat fitnah yg xbtl psl org positif,nk thu dgn skit je cerita tmbh2 ni bole buat emosi psakit down,sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi..

Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif
Abg aku,kak ipar discaj esok..aku n suami maybe ahad ni.
Lain2 smua awl lg dh discaj..recover cepat.covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom..bg aku yg dok icu..ada ubat2 yg aku dpt..xbole bg information p&c.
Aku hrp kwn2 kt luar sana,follow lah sop,tak penting xperlu keluar,aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit,p&c..apa aku ckp..covid ni real..mmg sakit sgt,xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana,Allah maha mengetahui,stop spreading false news,stop la fitnah pesakit2 covid,selagi kta x kena,kta xrasa siksa tu macam mana..jd tlg la bg moral support kt mereka..itu shj dh ckup.
Tlg pakai mask,cuci tgn dgn kerap,kekalkan jarak 1 meter,dan jaga sop...

Skian karangan dari pesakit covid
Terima kasih buat smua staff nurse/doktor2 icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli,mndikan aku,urut aku,sikat rmbut aku,ikat rmbut aku..ya Allah baik sgt depa,kalah hosp swasta taw
Terima kasih staff nurse dan doktor hspital sultanah bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa..alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid.
Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi,saling support sesama kami,mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni..
Al-fatihah mak rogayah bt md desa

Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak
Rindu yang tak terucap...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list