Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1185
View
15
Reply

[Tempatan] Duta perjelas perbandingan hukuman arak, rasuah

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-11-2020 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 30-11-2020 09:26 PM

Hadi perjelas perbandingan hukuman arak, rasuah
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 30 November 2020

image.png
Duta Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Arak dan rasuah masing-masing berbahaya serta haram di sisi Islam, namun berbeza pada cara, pendekatan dan hukuman.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam mengharamkan perbuatan rasuah dengan nas yang nyata dalam al-Quran dan hadis selain diharamkan oleh semua agama tanpa pengecualian.

Menurutnya, Islam membenarkan kepada penganut agama lain yang menghalalkan arak kerana kebebasan individu, hak diri dan kaum dengan syarat tidak mengganggu masyarakat sekeliling.

Timbul persoalan mana yang lebih berbahaya antara kemudaratan arak dan rasuah.

Jawapan kepada semua persoalan tersebut ialah kedua-duanya berbahaya, hanya terdapat perbezaan pada cara, pendekatan dan lapangan sahaja.

Hukuman meminum arak dan rasuah juga berbeza. Apabila salah satunya diharamkan secara mutlak, maka tidak boleh kesalahan lain diberikan lesen untuk berjalan secara mutlak, katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesalahan meminum arak termasuk dalam jenayah hudud khusus untuk penganut Islam dan hukuman itu tidak boleh dikenakan ke atas penganut agama lain.

Abdul Hadi berkata, kesalahan rasuah pula termasuk dalam hukuman takzir dengan mengikut kebijaksanaan pemerintah sama ada dijatuhkan hukuman penjara, sebatan, buang daerah, dirampas harta atau bunuh kerana mengambil kira perbezaan keadaan pelaku dan tahapnya.

Bukan seperti hukuman undang-undang manusia pada hari ini yang sekadar penjara, hukuman denda atau dirampas harta.

Apabila dijatuhkan hukuman takzir iaitu sebatan, maka tidak dibezakan antara jerung dan ikan bilis. Namun jika dikenakan hukuman penjara, akan ada perbezaan antara penjara VIP (golongan kelas atasan) dengan penjara kelas rendah.

Apabila berlaku kebocoran tingkah laku dalam kawalan sehingga masalah itu berleluasa dan mengakibatkan kemudaratan kepada umum, maka boleh dibuat peraturan atau undang-undang tambahan yang melibatkan penganut bukan Islam, katanya.

Beliau berkata, penerima dan pemberi rasuah adalah berdosa besar seperti mana disebut dalam al-Quran serta Hadis dengan hukuman di dunia dan akhirat.

Katanya, wujud perbezaan antara hukum Islam yang mempunyai roh akidah tersendiri berbanding undang-undang ciptaan manusia.

Apabila telah mendapat hukuman di dunia mengikut hukum Islam, maka tidak akan dihukum sekali lagi di alam barzakh dan ketika dihidupkan semula di hari akhirat.

Sebaliknya jika terlepas daripada hukuman dunia dengan pelbagai helah, maka tetap akan dihukum di akhirat sekiranya tidak bertaubat, katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... hukuman-arak-rasuah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 30-11-2020 03:38 PM | Show all posts
nota:
Sistem sedang mengalami gangguan. gambar duta tidak dapat disertakan buat masa ini. Harap maklum.



Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang la kau bawang
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-11-2020 09:27 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 30-11-2020 03:38 PM
nota:
Sistem sedang mengalami gangguan. gambar duta tidak dapat disertakan buat masa ini. Harap mak ...

Alhamdulillah. gambar duta sudah berjaya dimuat naik


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Steady je muslim2 seluruh dunia melahap rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 30-11-2020 09:32 PM
Steady je muslim2 seluruh dunia melahap rasuah

Sedut billions kendian tolak sebahagian balik pada rakyat dlm bentuk BRIM sorang RM300...ibarat terlaksana kewajipan zakat harta....

ok what?

kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum berkuasa beria2 nk ruu 355, dh dpt kuasa tunggu dulu....acaner tu tok guru
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 jer lah ...dah ada dalam kerajaan persekutuan pun masih terhegeh2 nak explain...berbelit2 pulak tu. Dapat job jadi Duta tu bukan rasuah ke? Dulu mana ada post menteri duta ni....time corvid lagi lah tak perlu....paspispus....mampussss
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fadhil tuan guru ostad lobai hadi awang tertinggal ayat yang maha penting pada abad ini iaitu ini semua salah DAP..tujukan segala kesalahan kepada DAP, nescaya selamat lah kamu..sekian
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta bulan2 makan gaji buta 50k bayar pkai duit rakyat.Takdirrr!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:14 AM | Show all posts
Agama juga sepatutnya diharamkan kerana ianya lebih merbahaya daripada arak dan rasuah!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta makan gaji buta. Buat komen/press statement  pasal isu2 semasa asia barat pun idok penah sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
resuah tu dlm bentuk duit je.
jawatan takpe, ada dalilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 10:53 AM | Show all posts
lobai ni dah tak ado modal nak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen lah pasal timur tengah... kan banyak material. Komen pasal arak acik porum pun pandai. Btw, apa komen duta arak dilarang dijual di kedai runcit dari kaca mata Islam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list