Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
532
View
3
Reply

'Permata Tersembunyi' Lata Kekabu - Harian Metro

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-1-2021 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Air terjun Lata Kekabu.


Roslan Ibrahim
rencana@hmetro.com.my

SEORANG pelancong dari Kuala Lumpur yang berkunjung ke Lata Kekabu terkejut dengan keindahan alam semula jadi hutan lipur itu.

Sebelum ini apabila menyebut Lenggong, orang ramai lebih mengenali Royal Belum, Tasik Raban dan Lembah Arkeologi Kota Tampan berbanding pusat peranginan itu.

Dengan hutan dan batuan yang dianggar berusia ratusan tahun, air terjun, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai spesies burung serta serangga, Lata Kekabu seperti 'Permata Yang Tersembunyi' di utara Perak.

Ia mempunyai kemudahan lengkap seperti ruang meletak kereta, tapak perkhemahan, bilik persalinan, tandas, surau, gazebo dan dewan serbaguna. Tiada sebarang bayaran dikenakan, kecuali anda ingin menyewa tapak perkhemahan dan dewan serbaguna.

Kawasannya bersih, mempunyai laluan pejalan kaki dan titi gantung. Sungainya yang panjang, jernih dan sejuk memberikan anda keselesaan mandi-manda bersama keluarga.

Pengarah Forest Eco-Park dan Taman Negeri, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata, Lata Kekabu mempunyai nilai yang tinggi dan menyediakan semua cita rasa bagi mereka yang cintakan alam semula jadi dan hutan.

Beliau berkata, kawasan hutan aslinya cantik dengan pelbagai pokok seperti meranti, kempas, jelutong dan keruing. Ia amat sesuai untuk aktiviti kembara alam, pendakian dan 'jungle trekking.'

"Kami juga mengenal pasti taman rimba ini juga sesuai untuk

'birding tourism' kerana mempunyai pelbagai spesies burung hasil kajian yang dilakukan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), baru-baru ini," katanya.

Data yang dikumpulkan nanti akan menarik ramai peminat burung untuk datang ke taman ini bagi melihat dan mengambil gambar pelbagai spesies burung.

Bagi membuat persediaan untuk menerima pelancong yang ramai, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan membangun Lata Kekabu dengan pelbagai kemudahan prasarana, antaranya, merancang membina tambahan chalet bagi menambah jumlah penginapan sedia ada, membina laluan baharu untuk aktiviti 'jungle trekking' dan kembara alam selain mempromosi hutan serta batuan di situ.

"Selain sebagai tempat rekreasi dan perkelahan, Lata Kekabu akan dijadikan pusat pembelajaran serta penyelidikan kerana banyak khazanah rimba yang boleh diteroka untuk manfaat masyarakat dan negara.

"Kami yakin Lata Kekabu akan menjadi aset yang mampu merangsang hasil ekonomi negeri selain menonjol imej jabatan hutan sebagai agensi yang mampu memajukan industri ekopelancongan," katanya.

Pembangunan pelancongan di Lata Kekabu bukan saja memberi peluang masyarakat menikmati suasana alam semula jadi, hutan, flora dan fauna, tempat perkelahan serta air terjun semata-mata.

Malah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti pemandu pelancong, gerai makanan, industri hiliran dan inap desa.

"Kami akan memperkenalkan beberapa pakej baharu yang mampu menarik kehadiran pelancong seperti kembara rimba dan aktiviti berkaitan 'birding' seperti fotografi burung dan

'bird watching," katanya.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi NEST, Ismail Mamat berkata, sepanjang empat hari tiga malam di Lata Kekabu, mereka mengenal pasti 81 spesies burung, antaranya, White-bellied sea Eagle (lang siput), Long-billed Spiderhunter (kelicap jantung paruh panjang), Grey Wagtail (pipit batu) dan Lesser Green Leaf

(burung daun kecil).

"Kami yakin jumlah itu mungkin bertambah jika carian lebih lama dan membabitkan kawasan hutan yang lebih luas.

"Lata Kekabu berpotensi menjadi lokasi 'birding' popular memandangkan bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti itu selain mempunyai banyak spesies burung," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-1-2021 03:48 PM | Show all posts
Lenggong ni kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 04:13 PM | Show all posts

kat Perak, dari Kuala Kangsar menghala ke Gerik, akan lalu Lenggong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah camping kat sini, ok best


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list