Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2494
View
52
Reply

[Tempatan] Rezeki Allah itu luas. Bermula modal RM30, Siti Aminah kini usahawan tart nanas berjaya

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-1-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Bermula modal RM30, Siti Aminah kini usahawan tart nanas berjaya

https://www.utusan.com.my/berita ... tart-nanas-berjaya/

Oleh NOR AINNA HAMZAH
26 Januari 2021, 9:25 am


PROSES menghasilkan tart nanas kini hanya dilakukan Siti Aminah Othman bersama suaminya, Muhammad Firdaus Zanil di rumah mereka di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan baru-baru ini. C FOTO/NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN: Bermula dengan modal RM30 tiga tahun lalu, kini Siti A-minah Othman, 33, dari Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh dekat sini dianggap usahawan tart nanas yang berjaya apabila hasil jualannya semakin mendapat sambutan.

Menurutnya, semuanya bermula apabila suaminya, Muhammad Firdaus Zanil, 33, teringin menikmati tart nanas pada Ramadan tahun 2018 dan kerana mahu berjimat dia nekad untuk mempelajari membuat tart nanas tersebut menerusi resipi yang diperoleh daripada internet.

Siti Aminah yang sebelum itu hanya berniaga di pasar malam memberitahu, dia pada awalnya meminjam ketuhar daripada ka-kaknya untuk membuat kuih berkenaan dan telah mengolah resipi sebanyak tiga kali sebelum hasilnya benar-benar menepati cita rasa.

Saya tidak menyangka kuih tart yang saya buat untuk juadah pada Hari Raya Aidilfitri tiga tahun lalu menjadi kegemaran adik-beradik, keluarga, rakan dan jiran. Saya kemudian memberanikan diri untuk mencuba menjual tart nanas sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Bermodal RM30, saya boleh hasilkan tiga balang kuih, semua-nya terjual dan saya pusing keuntungan yang diperoleh itu untuk menghasilkan lebih banyak lagi tart nanas. Lama kelamaan, saya mampu membeli ketuhar sendiri apabila tart nanas yang dijual mula mendapat permintaan ramai dan mampu dijual sebanyak 56 ba-lang, katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini baru-baru ini.


SITI Aminah Othman menunjukkan tart nanas yang baharu sahaja siap dibentuk sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. C FOTO/NOR AINNA HAMZAH

Siti Aminah berkata, sejak da-ripada itu hampir setiap hari dia menerima permintaan daripada orang ramai yang mahu tart nanas yang dihasilkannya malah dia juga semakin berminat untuk bergelar usahawan berasaskan nanas apabila diberi peluang sebagai usahawan bimbingan Jabatan Pertanian pada penghujung tahun 2018.

Ada yang kata saya merosakkan mood hari raya bila buat tart nanas hari-hari namun saya anggap kata-kata berkenaan sebagai pendorong semangat buat saya dan suami untuk lebih gigih lagi mengubah taraf hidup.

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun berikutnya saya berjaya menjual kira-kira 400 balang tart nanas dan jumlah berkenaan meningkat pada tahun lepas iaitu sebanyak 600 balang. Semasa Pe-rintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac tahun lalu, saya mampu menjual sekurang-kurangya 20 balang tart nanas dan tart coklat Cadburry setiap hari, katanya.

Tambah Siti Aminah, dia tidak mahu menoleh kebelakang lagi dalam perniagaan tart nanas dan baru-baru ini, dia telah menerima Geran Agropreneur Muda bernilai RM20,000 dalam bentuk peralatan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) malah telah mempunyai seramai 15 ejen di sekitar negeri ini, Melaka, Johor dan juga Kuala Lumpur bagi menjual produk makanannya itu.

Majoriti ejen saya adalah terdiri daripada suri rumah namun ada juga yang bekerja sebagai penjawat awam dan swasta yang mahu menambahkan pendapatan. Kuih saya ini juga banyak yang dijual di kios-kios yang terletak di pasar raya besar.

Buat masa ini kalau jualan harian hanya saya dan suami sahaja yang menghasilkannya kuih tart nanas ini di rumah sementara bengkel sedia ada sedang dinaik taraf oleh pihak Jabatan Pertanian. Namun bagi menampung permintaan sempena sambutan perayaan atau permintaan melebihi 30 balang memang khidmat pekerja diperlukan yang terdiri daripada ibu tunggal ataupun pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan, katanya. C UTUSAN

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-1-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau raya, suka beli brand E'in. Tart nenas dia sedap dan murah. Orang kat ofis pun aku hasut beli e'in. Xyah beli kat budak ofis yg jual harga yahudi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini sangat betul. Kat Melaka, near Kelebang Besar, ada makcik cuma buat ni saja. Besor tart dia dan banyak inti. Order dia all year round sampai tak larat nak handle. Janji usaha dan janganlah over ambitious sampai offer 20 jenis cookies. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting rajin.. Dan paling penting bila dah stabil.. Jangan sekali2 pandang rendah dan hina org2 lain yg berada ditempat lama kita.

Ingat.. Bila Allah nak tarik...sesaat saja dari T20 jatuh tergolek ke B40 yg selalu dihina.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
aku suka brand Alvirra .baru nak cuba jadi agen kena pkp lak Suka tart nenas dengan kuih semprit. nyummmyy .
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:01 AM | Show all posts
masa kecik dlu tiap kali mntk mak buatkn kuih ni msti mak x nk buat sbb dia kata leceh nk kna timbang2. mak i suka buat kuih yg sukatan dia pkai cwn2, sudu2...

sudahnye smpai ke tua mindset asyik rasa renyahnya nk buat kuih tart ni...

skali dh pndai buat (inti je ngelat. beli readymade pnye) rasa seronok plak .

rajin x rajin je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok macam sedap. Go go sisturrrr you can do it.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah

All the best

#BMF
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 26-1-2021 10:22 AM
Ini sangat betul. Kat Melaka, near Kelebang Besar, ada makcik cuma buat ni saja. Besor tart dia dan  ...

Tu la, iols haram takkan beli yang mass production 20 jenis ni sebab haram tak sedap macam kuih2 si mamasabariah...

Kek tu ok lagi walaupun memanjang dapat keras kejung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:19 AM | Show all posts
Alhamdulillah terus usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:31 AM | Show all posts
aku suka tart nenas yg MLM mana tah jual dulu-dulu tu, dulu-dulu mak sedara ejen dia

lupa da nama, tapi sedap sampai sekarang teringat
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:36 AM | Show all posts
Buat satu jenis tapi sedap dan kualitinya sentiasa dijaga pasti ada sambutan.  Jual macam2 jenis tapi rasanya lebih kurang sama je tak ada maknanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:46 AM | Show all posts
Tiba-tiba nak makan tart nanas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:17 PM | Show all posts
yg aku tak pahamnya kenapa saban tahun tart nenas naik rege

cer share berapa paling murah korang dapat beli time nak raya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:31 PM | Show all posts
churchill gemar akan "tart" nanas

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:38 PM | Show all posts
alhamdulillah... tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:56 PM | Show all posts
ada 1 tart tu ipar aku akan beilkan bila dia balik raya

dari kl

sedap giloosss

ntah apa nama ntah tak jumpa2 lg

packaging biasa je dlm bekas pink simpe gitu je

tapi dia punya rasa fuuhhh ngam2 soi!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 05:30 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 26-1-2021 11:02 AM
Tengok macam sedap. Go go sisturrrr you can do it.

sok ujung2 berguru ngan sifu ailio bashi, jadi la mamasabariah #2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 26-1-2021 11:31 AM
aku suka tart nenas yg MLM mana tah jual dulu-dulu tu, dulu-dulu mak sedara ejen dia

lupa da nama ...

CNI ke

Dulu i ingat cni ni ada tart nenas yg sgt sedap.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:37 PM | Show all posts
pengalaman tgk umi kita buat kuih ni masa kecik2 dulu.....dia punya inti tu punyalah pakai nenas banyak tapi bila dah keringkan atas dapur jadi sikit je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list