Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
342
View
0
Reply

Ras Sampaikan Salam Qaseh Melalui Rock Kapak

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-1-2021 11:39 PM | Show all posts |Read mode

Kumpulan Ras yakin lagu Salam Qaseh mampu pikat hati peminat lagu balada dan rock kapak.


Harian Metro

Hadzlan Hassan
hadzlan@metro.com.my

KECENDERUNGAN peminat muzik tempatan dengan lagu berentak balada atau rock kapak yang cukup dikenali sekitar era 1990-an dan awal tahun 2000, membuka ruang kepada kumpulan yang pernah mengharungi zaman itu untuk mencuba nasib.

Ditambah, dengan kemunculan kembali kumpulan Iklim dengan lagu baharu mereka baru-baru ini, turut membakar semangat pemuzik dikenali kumpulan Ras untuk mewarnai semula industri muzik tempatan.

Kumpulan ini yang pernah memperjuangkan muzik balada dan rock kapak, masih lagi ingin muncul mengekalkannya sebagai identiti mereka tetapi digabungkan dengan sentuhan muzik moden.

Mempertaruhkan lagu Salam Qaseh, kumpulan Ras yang ditubuhkan pada 2003 pernah muncul dengan album pertama mereka berjudul Ras Made In Kuantan pada 2008.

Bagaimanapun, album yang memuatkan lagu genre balada seperti Nyata Terpisah dan lagu berentak rancak berjudul 1,2,3 Cinta yang dijangka bakal hits, tapi tidak ke mana selepas industri muzik mula suram.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan berkenaan menyepikan diri seketika dari dunia muzik sebelum kembali dengan semangat baharu selepas melihat irama yang dibawa mereka semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat masa kini.

Vokalisnya, Mohd Kusyairi Zainuddin atau Acong, berkata kumpulan itu yang turut dianggotai Budi selaku pemain bass, Kay (dram) Manaf (keyboard) mengambil inisiatif sendiri untuk menerbitkan single Salam Qaseh berkenaan.

Menurutnya, untuk lagu Salam Qaseh itu mereka mengunakan khidmat Man Kidal selaku penerbit, Syed Amran al-Yahya sebagai pencipta lagu dan Zainal Rashid (penulis lirik).

"Lagu ini membawa 1,001 makna kerana irama yang dibawa mendayu-dayu dan kalau difahami betul-betul, ia bukanlah berkisar pada percintaan sesama manusia sebaliknya, antara makhluk dan Pencipta.

"Bagaimanapun kisahnya, tetap terserah kepada pemahaman pendengar masing-masing untuk menafsirkan lagu berkenaan," katanya.

Kenyataan Acong itu ada kebenarannya kerana kedua-dua individu yang terbabit dengan pembikinan lagu dan lirik karya Salam Qaseh itu mempunyai latar belakang dengan lagu kemanusiaan dan ketuhanan.

Katanya, kumpulan Ras juga percaya sentuhan terakhir Man Kidal selaku penerbit juga mampu menjadikan Salam Qaseh sebuah karya seni yang dekat di hati peminat lagu berentak rock kapak yang turut digarap dengan sentuhan moden.

Sehubungan itu, lagu Salam Qaseh berkenaan boleh distrim melalui semua rangkaian muzik masa kini seperti Joox dan lirik video rasmi juga sudah dimuat naik di YouTube .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list