Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
381
View
1
Reply

[Buku] Novel INTERLOK Sudah Berusia 50 Tahun

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-2-2021 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Selain Dewan Sastera meraikan Jubli Emas, sebuah novel besar nukilan Sasterawan Negara Abdullah Hussain telah lahir pada tahun 1971, terbitan DBP - Interlok.

Novel ini terbit setelah memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel 10 Tahun Merdeka DBP. Dipecahkan dalam empat bahagian, tiga keluarga dari latar riwayat dan sosiobudaya yang berbeza, mewakili ras Melayu, Cina dan India akan bertemu dan menjalinkan perhubungan erat (hatta, interlok, yakni istilah Inggeris, interlock - terikat atau terlibat antara satu sama lain) sebagai sebuah keluarga baharu, sama-sama menatap suria baharu kemerdekaan dan harapan yang dibawa dengan kemerdekaan.

Idea jelas Abdullah Hussain ialah penjalinan perbezaan cerita (dan latar sejarah, asal usul) mampu menghasilkan muhibah dan kebersamaan, suatu cita-cita ideal yang tinggi bagi sebuah bangsa Malaya (Malaysia) yang baru meniti kebebasan yang unggul. Ideal murni ini tidaklah tanpa tentangan apabila berlaku kontroversi Interlok sekitar tahun 2011 apabila buku ini dipilih sebagai novel KOMSAS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Novel ini tetap besar dan dipuji pada tempatnya. Pengarangnya sendiri, Abdullah Hussain diangkat sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-8 (1996). Novel ini juga sudah beberapa kali dicetak dan diterjemahkan. Novel ini turut terpilih sebagai antara novel penting dalam senarai Siri Novel Malaysia Pilihan Abad 20.

Kredit : Dewan Sastera









Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-2-2021 04:43 PM | Show all posts
kaka dulu suka baca novel william shakespear dan william shakespapaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list