Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
490
View
12
Reply

PEMIKIR - Ke Arah Penyelesaian Jangka Panjang - LIVE FB talks, - Dr Syed ALi Tawfik ALi al Attas

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-2-2021 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 18-2-2021 02:39 PM

Malaysia Perlu Manfaatkan Golongan Pemikir untuk Penyelesaian Jangka Masa PanjangEncik Muhammad Syafiq bin Borhanuddin

12/02/2021
sumber pautan asal
http://www.ikim.gov.my/new-wp/in ... angka-masa-panjang/

Penyair Muslim abad ke-13, Sadi Shirazi, pernah menyebut:
Bani Adam, satu sama lainnya anggota  
Dari satu hakikat, ia dicipta.  
Tatkala satu musibah menimpa salah satunya  
Anggota yang lain tiada menentu jadinya.  
Jika kau tiada bersimpati dengan penderitaan orang lain,  
Kau tidak layak disebut Bani Adam.
Krisis dunia yang sedang dilalui hari ini yang saling berhubung-kait (systemic) menunjukkan betapa rapuh sistem kehidupan pada masa kini. Ia telah memaksa ramai daripada pelbagai bidang untuk meneliti kembali persoalan-persoalan besar mengenai keadaan peradaban masa kini dan hala tuju masa depannya.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:25 PM | Show all posts
Walaupun munasabah untuk kerajaan-kerajaan hari ini menumpukan kepada soal pemulihan ekonomi dan mengatasi wabak yang sedang melanda, adalah membimbangkan sekiranya para penggubal dasar dan pemimpin pelbagai bidang umumnya tidak mengendahkan keperluan generasi masa akan datang serta soal hala tuju peradaban kita yang bersifat jangka masa panjang.


Seperti yang pernah disebut oleh pemikir besar tamadun China, Kung Fu-Tse (Confucius): Sekiranya seseorang itu tidak mengendah tentang perkara pada masa depan, dia akan merasai kesengsaraan dengan lebih dekat. (If a man takes no thought about what is distant, he will find sorrow near at hand).


Di Barat sendiri terdapat usaha-usaha yang tidak membataskan soal berfikiran jauh dalam kerangka Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (Sustainable Development Goals 2030) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti Future of Humanity Institute di Universiti Oxford, Centre for the Study of Existential Risk di Universiti Cambridge, Future of Life Institute, Foresight Institute, Foundational Questions Institute, dan lain-lain yang mengkaji persoalan-persoalan besar yang sedang atau akan dihadapi oleh peradaban manusia.


Kemungkinan besar jutaan US dollar telah pun dilaburkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan pandangan hidup dengan suatu agenda peradaban yang meminggirkan soal ketertiban alam, soal keluhuran budi, soal kesejahteraan rohani mahupun soal Pencipta Sekalian Alam dalam perkiraan mereka.
Tentu sekali perkiraan entiti-entiti seperti ini tidak mengendahkan bahawa agama Islam serta golongan terpelajar dalam kalangan mereka yang berilmu dan arif mempunyai cara pandangnya yang tersendiri dari sudut soal hakikat alam (cosmology), hakikat insan (psychology), hakikat ilmu (epistemology) dan hakikat kewujudan (ontology).

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:27 PM | Show all posts
Perkara yang membimbangkan ialah penulis mendapati tidak ada negara-negara Islam yang melabur dan menumpukan tenaga kepada senario jangka masa panjang ini. Adakah kita akan mengikut sepenuhnya kehendak dan cara berfikir Bill Gates, Elon Musk, Klaus Schwab atau Yuval Harari bila diberi peluang oleh kerana kekayaan dan pengaruh mereka di dunia?

Turut membimbangkan ialah dunia Islam seperti tidak memberi perhatian kepada pemikir-pemikir besar yang masih hidup dalam kalangan mereka mahupun pemikir-pemikir muda dalam kalangan kaum Muslimin yang berupaya untuk sama-sama mengatasi persoalan-persoalan besar ini. Tiada dana diperuntukkan untuk tujuan ini dan hampir kesemua diperuntukkan ke arah sains gunaan (applied sciences).

Perkara yang menjejaskan lagi keadaan, negara-negara Muslim sering mengharapkan pedoman golongan pakar-runding (consultants) dari Barat untuk menentukan hala tuju pendidikan dan negara mereka. Terdapat satu negara Arab yang kaya contohnya menjemput Rand Corporation untuk membawa pembaharuan kepada sistem pendidikan mereka.

Umat Islam harus sedar bahawa pakar-runding Barat ini sering kali berfikir dalam corak penduaan yang bertentangan (dualistic) oleh kerana proses sekularisasi pemikiran yang berlaku berkurun lamanya dalam peradaban Barat. Inilah sebabnya mengapa isu-isu seperti pencemaran alam sekitar, tekanan perasaan, atau kezaliman dilihat sebagai isu-isu yang berasingan; sedangkan dalam pandangan hidup Islam ia saling berkait antara satu sama lain.
Inilah sebab mengapa matlamat-matlamat Pembangunan Lestari PBB, misalnya, dilihat sebagai matlamat-matlamat yang terpisah untuk dicapai secara berasingan atau terpisah-pisah oleh kementerian, kumpulan, atau pihak berkepentingan yang berbeza-beza. Manakala dalam peradaban Islam contohnya, pembangunan dilihat dari sudut pandang yang lebih integrasi atau holistik di mana hakikat zahir dan batin dilihat sebagai saling berkaitan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:28 PM | Show all posts
Allahyarham Prof. Diraja Ungku Aziz pernah menyebut dalam artikelnya Peranan Universiti di Asia pada Abad ke-21 (1990), Pada hakikatnya, pelbagai masalah dunia moden tidak dapat dilihat hanya dari sudut bidang-bidang sedia ada di universiti. Banyak masalah yang rumit perlu dikaji melalui pendekatan rentas disiplin. (In reality, the problems of the modern world have not conveniently fitted themselves into the pigeonholes of university departments. Many problems involving complexity need to be studied from a cross-disciplinary approach).

Pada pengetahuan penulis, Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas juga merupakan antara tokoh pemikir Islam yang telah lama berusaha mengatasi permasalahan ini melalui karya-karyanya yang telah dizahirkan dalam institusi-institusi yang dipimpinnya.

Hakikatnya, ahli politik, penggubal dasar dan pemimpin dalam pelbagai sektor tidak dapat mempertimbangkan hal-hal seperti ini, apalagi persoalan yang bersifat peradaban dan jangka masa panjang, yang sering tidak disentuh oleh perunding dasar (policy consultants) mahupun penggubal dasar sendiri.

Oleh itu, ia menjadi suatu tanggungjawab golongan penggubal dasar dan pemimpin pelbagai sektor untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan golongan pemikir yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai soal peradaban atau ketamadunan serta yang jujur kepada diri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:29 PM | Show all posts
Apa yang dapat ditawarkan oleh golongan pemikir kepada urusan yang lebih amali atau praktikal adalah pendekatan dan penyelesaian pemikiran yang lebih integrasi terhadap masalah dan krisis sistemik yang melanda dunia hari ini.

Oleh itu, adalah suatu tindakan yang strategik lagi bijaksana sekiranya pelbagai pihak daripada sektor awam dan swasta sama-sama berganding bahu demi memberi ruang kepada golongan pemikir untuk benar-benar berperanan  dalam hala tuju peradaban kita.

Penulis juga berpendapat adalah suatu tuntutan moral bagi pemerintah untuk melabur sewajarnya dalam menyokong projek penyelidikan dan pendidikan mereka, termasuk melatih generasi pemikir masa depan dalam pelbagai bidang dan sektor. Kegagalan berbuat demikian boleh dianggap sebagai suatu kezaliman terhadap diri dan anak cucu kita. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:33 PM | Show all posts
RZS-CASIS Scholarly Dialogue  

In conjunction with RZS-CASIS's 10th Year Anniversary, we are honored to invite you to our first program this year, a Scholarly Dialogue with Datuk Dr Syed Ali Tawfik al-Attas on

The Importance of the Humanities in a Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)-Driven World.

Date: 18th February 2021 (Thursday)
Time: 2.30pm - 4.00pm (GMT KL)
Via Zoom, Register now [color=var(--blue-link)]https://linktr.ee/rzs.casis


Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas was the third Director-General of Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). He earned his PhD from the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). He has published several academic works, namely: A Guide to Philosophy: The Hidayat al-Hikmah of Al-Abhari (2009) and The Masha'i Philosophical System: A Commentary & Analysis of Hidayat al-Hikmah (2010), written many articles and delivered lectures on a wide range of subjects at various venues both locally and internationally. In addition, he has been appointed as a member to a number of local advisory boards. He is the first son of Tan Sri Professor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. His public engagements have been widely celebrated in his own YouTube channel which can be found here: [color=var(--blue-link)]https://youtube.com/c/SyedAliTawfikAlAttas2030




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 02:49 PM | Show all posts
oooo bagus ni admin
syabas
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-2-2021 04:05 PM | Show all posts

benda ni penting . ia menyentuh peradaban dan pemikiran dan polisi - yg akan impak pada kehidupan kita.

so life is not just about fiqh ibadah and so on sahaja.

for me cabaran masa kini adalah pemikiran dan bagaimana sekularisme membentuk pemikiran.

benda sepeti falsafah agama / Islam and sejarah and yg bersangkutan dengan pembelajaran paradaban kena - sebab kita insan...dan tujuan akhir ialah redha ALLAH - which is hard dengan ujian dunia - i pun terbabas dengan citer Korea ( hahaha)
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 04:51 PM | Show all posts
kerana itulah ulama2 soleh terdahulu dah susun elok dah
sistem pondok tu merangkumi dari nol awal
awal akhir zahir batin
syariat tarekat hakikat makrifat
melengkapi sampai akhlak insan kamil....
semua kena dihadam bawa...tanpa tercicir...
utk hadapi akhir zaman...
dan berhadap membawa di dlm solat
bukan sbg patung berhala nafsu diri
tetapi benar2 memandang sebagai Allah semata yg haq...
hingga ke akherat abadi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 04:52 PM | Show all posts
mahai solat ni sebenarnya
pada yg beroleh anugerah beruntunglah...
kerana melebur fana dan baqabillah
didalam dan luar solat
sentiasa tidak putus maani maknawiyah
insyallah
sollun ala nabi saw..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2021 10:43 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 18-2-2021 04:52 PM
mahai solat ni sebenarnya
pada yg beroleh anugerah beruntunglah...
kerana melebur fana dan baqabil ...

akhir zaman may be challenging - sebab manusia malas berfikir
dan dep ataknak susah susah

dan lagi satu ialah sekularisasi ilmu dalam bidang agama tu sedrii
sebab tu kita lihat lebih nyata pun dalam minda setiap org yg

agama = fiqh ibadat je
atau figh halal and haram - dan kita nampak ini jelas. sebab tu banyak rancangan agama bercorak gitu fiqh sedangkan
bab sirah  yg high quality dan tasawwuf macam dipandang sepi

u know berapa banyak kali kita banyak cewah khalifah umar al khattab  khalifar usman Affan  etc

kita dalam pendidikan Islam  kita aware depa ni tokoh Islam  tapi kita ' hilang ' appraciation yg depa juga sufist. depa tu sangat sangat tawaaduk

tapi masa form 2,3 4 benda benda ni ustazah tak terang pun - hilang

so KITA LOST the fact that - macam ni
kita semua anggap zaman KEGEMILANGAN ISLAM = tu zaman bani umyyah abasaiiyah kita rujuk zaman ilm itu

tapi berapa kerat yg aware dan appreaciate yg rasulullah saw pernah berkata / bersabda tentang golongan mana yg membentuk umat cemerlan
it iwas actually zaman baginda tu dah ada generasi cemerlang , itu lah tandanya islam tersebar spread ...itu umat cemerlang ...

tapi masa belajar sirah form 2 apa berlaku? tak disedarkan dalam nurani jiwa ye ...sebba yes lah follow silibus nak exam.

tapi bab abab usualludin falsafah yang sekarang cabaran yg sangat kuat berbentuk pemikiran tak nampak itu
so u know - i think
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:45 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 22-2-2021 10:43 PM
akhir zaman may be challenging - sebab manusia malas berfikir
dan dep ataknak susah susah

iya benar lah tu...
sbb selepas jajahan british 60 tahun empayar star wars senator palpatine (queen england)...

depa hilang kan bukti2 tersohir kehebatan empayar melayu...
maka hilang susunan kaedah2 pengajian pondok ulama nusantara...
sebenarnya khalifah tu pewaris terdekat nabi saw, mereka lalui tempuh segalanya
bersama nabi saw, siap jadi keluarga besar nabi 4 kalifah tu bapa mertua sepupu menantu semua sekali
maka mereka lebih hebat dr sangkaan minda melayu berkaitan wali2 ni...
selepas nabi saw adalah sahabat, lepas tu barulah ulama sufi, tabiut tabien...dan seterusnya
generasi2 ulama sufi spt sultan awliyak yg besar2 hebat spt junaid, saqj dan syeikh rafaie, syeikh idris dan pelbagai
mereka2 inilah pewaris yg Allah susun pd umat nabi saw dlm memperkuat rangka zahir batin ruhani jasmani
sptmana yg nabi dan awliyak telah lihat dlm israk mikraj dan alam cermin luh mahfuz
israk mikraj (kembara ruhani) bukan semata utk nabi saw sorang saja
sebenarnya sesiapa yg telah ade sanad dr nabi saw telah mewarisi pecahan2 israk mikraj
dan segala ilmu2 alam akherat yg batin ghoib...kerana itu penting sgt bab2 sanad ni
lalu dipecahkan melalui sampaian ilmu baik dr segi lidah dan dada (nur) secara BERTALAQI PD SALIK (murid yg layak)
begitulah susunannya serba sedikit...
org2 soleh yg bertemu nabi saw...mereka tidak perlu naik flight utk saksi cari bukti satu2 perkara
cukup saja mereka duduk beramal selepas solat
dan nanti akan tiba isyarat2 ilham dr malaikat baik musyahadah nur
atau melalui mimpi, atau nabi dtg sendiri (yaqazah)
sgt byk laluan2 kebenaran dari dada seorg mukmin (jiwa tenang hati rumah Allah)
sgtlah mahal tiada boleh dijual beli...


mungkin cukup setakat itu dahulu
takot anti ramai xleh hadam atau buntu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list