Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
250
View
13
Reply

[SARAWAK] Covid 19 22/02/2021

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 04:30 AM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:31 AM | Show all posts
Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Terdapat 111 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari PKRC di bawah Hospital Kapit (38), Hospital Sibu (36), Hospital Miri (15), Hospital Umum Sarawak (13), Hospital Sarikei (8) dan Hospital Limbang (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 5,885 orang atau 72.08% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,175 orang dimana:
• 1,165 kes di Hospital Sibu;
• 285 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 237 kes di Hospital Miri;
• 213 kes di Hospital Bintulu;
• 204 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 44 kes di Hospital Sarikei; dan
• 27 kes di Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman);
Hari ini, 270 PUI baru telah dilaporkan dan tiga (3) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:32 AM | Show all posts
Kes Kematian Baharu Covid-19


Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID- 19 meningkat kepada 74 orang atau sebanyak 0.91 peratus dari keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak.

I. Kes Kematian Ke-74.
Kes kematian Ke-74 merupakan kes ke-5,707 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 07 Februari 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko- morbid Mixed Connective Tissue Disease (MCTD) with pulmonary involvement.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:36 AM | Show all posts
Kes Baharu COVID-19

Hari ini terdapat 221 kes baharu COVID-19 dikesan dan dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 36 kes (19.46 %) berbanding kes semalam.


Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Kuching (67), Sibu (63), Bintulu (28), Meradong (24), Kapit (15), Samarahan (11), Miri (5), Bau (3), Subis (2), Beluru (1), Betong (1) dan Kanowit (1). Perincian kes-kes tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut:

Pecahan Kes Baharu Mengikut Daerah (221 Kes)

I. Daerah Kuching (67 Kes)
a) 42 kes yang melibatkan Kluster Emperoh Jambu.
b) 12 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Kuching.
c) 10 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
d) 2 kes yang melibatkan kluster Kampung Sungai Maong.
e) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Kuching.

II. Daerah Sibu (63 Kes)
a) 43 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 7 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sibu.
c) 7 kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Sibu.
d) 3 kes yang melibatkan kluster Pasai.
e) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Sibu.

III. Daerah Bintulu (28 Kes)
a) 20 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kesemua kes ini adalah kontak yang telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan dan saringan.
b) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Bintulu. Dua (2) kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan manakala satu (1) kes dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Miri.
c) 2kesyangmelibatkanklusterJunHeng.
d) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Bintulu.
e) 1 kes yang melibatkan kluster Kidurong Dua.

IV. Daerah Meradong (24 Kes)
a) 19 kes yang melibatkan Kluster Sungai Bakong.
b) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

V. Daerah Kapit (15 Kes)
a) 8 kes yang melibatkan kluster Gelong.
b) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kuching.
d) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kapit.

VI. Daerah Samarahan (11 Kes)
a) 7 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Daerah Kuching.
b) 2 kes yang melibatkan Kluster Univista.
c) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Samarahan.

VII. Daerah Miri (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VIII. Daerah Bau (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

IX. Daerah Subis (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan subkluster Pasai Tangap.

X. Daerah Beluru (1 Kes)
a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Beluru.

XI. Daerah Betong (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Betong.

XII. Daerah Kanowit (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.

Kluster Tamat [Satu (1) Kluster]
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan Kluster Stutong di Daerah Kuching sebagai kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan.

Sehingga 22 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari sejumlah 570 individu telah disaring, iaitu:
• 41 kes dikesan positif COVID-19;
• 529 individu negatif dan

Kesemua 41 kes telah didiscaj dan dibenarkan pulang. Tiada kematian dilaporkan melibatkan kluster ini.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:40 AM | Show all posts
Kluster Baharu [Dua (2) Kluster Baharu]

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu masing-masing satu (1) kluster di Daerah Kuching dan Meradong.
Perincian kluster-kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Emperoh Jambu, Kuching.
Kluster Emperoh Jambu yang melibatkan Daerah Kuching, Samarahan dan Serian adalah kluster komuniti yang berlaku di Kampung Emperoh Jambu di Padawan, Kuching. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,095 iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun warga tempatan (Sarawak) yang dikesan melalui saringan sebelum bertugas pada 16 Februari 2021. Kes indeks ini dipercayai telah menjangkiti ahli keluarga beliau yang kemudian berkemungkinan telah merebak kepada kontak-kontak lain semasa upacara pengkebumian ahli keluarga isteri kes indeks pada 03 hingga 05 Februari 2021.
Hasil saringan dan pengesanan kontak rapat kepada indeks kes ini dan ahli keluarganya, tambahan 59 kes telah dikesan. Sehingga 22 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari sejumlah 337 individu telah disaring di mana;

• 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 37 kes negatif, dan
• 534 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua 22 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Semua guru, kakitangan dan pelajar asrama di SMK Meradong yang telah terdedah juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan kawalan pergerakan yang terhad di dalam sekolah sahaja. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:42 AM | Show all posts
II. Kluster Sungai Bakong, Meradong.


Kluster Sungai Bakong yang dikesan di Daerah Meradong, Sarikei adalah kluster komuniti yang berlaku melibatkan pelajar yang mendiami asrama Murni di SMK Meradong yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Pekan Meradong. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,435 yang telah dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari 2021 setelah mula menunjukkan tanda dan gejala pada 12 Februari 2021.

Hasil saringan pengesanan secara aktif di asrama sekolah tersebut mendapati terdapat penambahan 21 kes positif telah dikesan. Sehingga 22 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari sejumlah 593 individu telah disaring di mana;
• 22 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.
• 37 kes negatif, dan
• 534 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 22 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Semua guru, kakitangan dan pelajar asrama di SMK Meradong yang telah terdedah juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan kawalan pergerakan yang terhad di dalam sekolah sahaja. Tiada kematian melibatkan kluster ini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:45 AM | Show all posts
Kluster Yang Masih Aktif.

Hari ini terdapat 25 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Jalan Green, Kuching : tiada penambahan kes.

II. Kluster Kejatau, Sri Aman : tiada penambahan kes.

III. Kluster Jan Yong, Kapit : tiada penambahan kes.

IV. Kluster Geronggang, Sibu : tiada penambahan kes.

V. Kluster Mas Merah, Sibu : tiada penambahan kes.

VI. Kluster Univista, Samarahan : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 57. Sejumlah 350 individu telah disaring dimana, 250 negatif dan 43 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 43 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring dimana, 107 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Gelong, Kapit : terdapat penambahan 8 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 91 kes. Sejumlah 137 individu telah disaring dimana, 46 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Kidurong Dua, Bintulu : terdapat penambahan 1 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13 kes. Sejumlah 100 individu telah disaring dimana, 87 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Nanga Lijan, Julau : tiada penambahan kes.

XI. Kluster Seruas, Beluru : tiada penambahan kes.

XII. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes.

XIII. Kluster Jun Heng, Bintulu : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35. Sejumlah 300 individu telah disaring dimana, 265 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XIV. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes.

XV. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes.

XVI. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes.

XVII. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes.

XVIII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes.

XIX. Kluster Rakut, Miri : tiada penambahan kes.

XX. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes.

XXI. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes.

XXII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 6 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2646 kes. Sejumlah 38,500 individu telah disaring dimana, 35,555 negatif dan 299 masih menunggu keputusan makmal.

a) Sub-Kluster Tangap (Subis) : terdapat penambahan 2 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 103 kes. Sejumlah 338 individu telah disaring dimana, 235 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XXIII. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:47 AM | Show all posts
Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Hari ini, Daerah Meradong, telah bertukar ke status Jingga setelah melaporkan sejumlah 31 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Song pula telah bertukar ke status Jingga setelah melaporkan 35 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2107 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bukit Mabong, Beluru, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 114 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 65 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:48 AM | Show all posts
LAPORAN JUMLAH PELAJAR YANG TIDAK DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DISEBABKAN PKPD DAN KES POSITIF COVID- 19.

Hari ini seramai 428 orang pelajar daripada 32 buah sekolah di seluruh Sarawak yang tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (414) dan kes positif COVID-19 (14).


Daripada jumlah tersebut 205 orang adalah pelajar lelaki dan 223 orang pelajar perempuan.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 04:49 AM | Show all posts
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat hari ini dan beberapa keputusan telah dibuat seperti berikut:

A. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Emperoh Jambu, Padawan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat penilaian risiko setelah kes positif yang melibatkan kawasan di Daerah Kuching, Samarahan dan Serian.

Maka JPBN telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Emperuh Jambu, Padawan berkuatkuasa mulai 23 Februari (12.01 pagi) hingga 08 Mac 2021 (11.59 malam).

B. Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi Kawasan Rumah Pangsa dan Perumahan Town Villa, Sibu Jaya

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kawasan Rumah Pangsa dan Perumahan Town Villa, Sibu Jaya DILANJUTKAN berkuatkuasa mulai 26 Februari (12.01 malam) hingga 04 Mac 2021 (11.59 malam).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 10:59 AM | Show all posts
Mohon sesiapa yang pergi ke Masjid Desa Ilmu, Samarahan pada 12 Februari 2021 (Solat Jumaat) terutama berada di khemah 1 di saf 1 & 2 atau berada di depan luar khemah 1 untuk tampil ke pusat saringan COVID di Klinik Kesihatn Kota Samarahan untuk menjalani ujian swab m. Kerjasama anda semua amat diperlukan. Terima kasih.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 11:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 11:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2021 11:16 AM | Show all posts
Susulan dua positif, 96 warga Balai Polis Sungai Merah dicalit

SIBU: Susulan dua anggota polis di Balai Polis Sungai Merah di sini disahkan positif Covid-19, kesemua warga kerjanya menjalani ujian saringan calitan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi sebentar tadi berkata, seramai 96 warga kerjanya yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai polis berpangkat rendah dan empat kakitangan awam di balai tersebut telah tampil untuk calitan.
"Calitan dilaksanakan di perkarangan balai yang diadakan dari jam 10 pagi hingga jam 11.30 pagi dimana ia dipantau oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat.

"Dua suspek kes dadah yang ditahan di balai tersebut turut dikehendaki menjalani calitan," jelas beliau.

Stanley berkata, ini bagi memastikan tiada sesiapa yang tinggal untuk calitan bagi keselamatan semua termasuk suspek yang ditahan reman di dalam lokap.

Beliau menjelaskan bahawa proses calitan itu berjalan dengan lancar dengan kerjasama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, kata beliau, ujian calitan turut dilakukan kepada anggota polis trafik di balai yang sama pada minggu lalu di mana dua daripadanya disahkan positif COVID-19.

"KKM juga telah menjalankan kerja-kerja sanitasi di balai tersebut setelah kes COVID-19 dikesan di balai tersebut," ujar beliau.

Oleh Nurhauni Lee Abdullah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list