Ko tau benda ni sensitive.. Tp yang itu jugakla yang ko nak buat dengan semangatnya.. Walhal ramai je kru or celeb yang xnasib baik lost job masa pkp.. Tp puppy xde ank yang masih ada 'tuan'(jiran ko) yang ko gigih nk bela..
Nak urban sangat bela babi sekor terus la weh.. Amik teacup pig tu Baru trendinggggg!!!
Ini bukan kali pertama beliau sekeluarga menyusukan anjing, sebelum ni dah ada sekor, Marvella namanya.
Walaupon tindakannya bersifat murni, tapi niat tidak menghalalkan cara.
Sangat berharap agar mazhab yg beliau ikuti tidak dicontohi oleh tololwers. Baca point nombor 4 di bawah, 'Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.'
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum memelihara anjing di rumah oleh orang Islam sebagai haiwan peliharaan (pet) adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan. Antaranya adalah untuk tujuan:
i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing "comel" dijadikan "teman" untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka;
ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu;
iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah;
iv. Membantu penternakan haiwan.
2. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan uruf di Malaysia. Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
3. Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
4. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.
5. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.
harith iskandar khennn kaka...
apa yang harus di pelikkan oleh kita hinnie...
lain la tu mira pijoh atau sohaimi soad... yang tu harus la semua orang terkejut beruk tahap bumi boleh mendatar leper....
lagipun takleh nak komen lebih sebab tengok dia bela ok jer haiwan tu... tidak la sambil dalam rumah sambil nampak bertelekung gittew...
Post time 23-2-2021 08:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
A ah nape yg so called muslim mordern animal.lover ni tak nak bela babi..binatang juga kan tu ..bela ah anak babi seekor duk dlm rumah lari sana sini...baru lah btl2 animal lover tak kira ape binatang smua dorang syg buat pet..