Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
371
View
2
Reply

Data penerima vaksin tak dikongsi dengan syarikat pengeluar - Khairy

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-3-2021 08:24 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan data peribadi rakyat yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan didedahkan kepada syarikat pengeluar vaksin.


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menegaskan data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terbabit hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan.


"Rakyat tidak perlu risau, kita (kerajaan) tidak akan dedahkan data peribadi mereka kepada syarikat pengeluar vaksin, hanya data umum seperti AEFI akan dikongsi.


"Bagi situasi antara Pfizer-BioNTech dengan negara Israel, mereka memang sudah ada perjanjian untuk kongsi maklumat (penerima) yang terperinci tambahan Israel negara yang lebih dahulu terima vaksin," katanya.


Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian pada sesi sidang video program 'Sembang Vaksin' menerusi aplikasi Zoom anjuran gabungan doktor dan petugas kesihatan di Twitter atau MedTweetMY, malam tadi.


Sementara itu, beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sedang berbincang dengan pihak hospital dan pengamal perubatan swasta tentang pembabitan mereka dalam Fasa 2 dan 3 PICK.


Jelasnya, kedua-dua fasa itu memerlukan petugas kesihatan yang lebih ramai termasuk yang bertugas di hospital dan fasiliti kesihatan swasta bagi melaksanakan aktiviti imunisasi membabitkan jutaan penduduk di negara ini.


"Harus ditekankan, walaupun sebahagian rakyat akan menerima vaksin di hospital atau fasiliti kesihatan swasta pada Fasa 2 dan Fasa 3 PICK itu nanti, mereka tetap terima vaksin secara percuma," tegasnya.


Beliau berkata buat masa ini JKJAV menetapkan semua pembelian vaksin daripada syarikat pengeluar dan pemberian vaksin adalah menerusi kerajaan bagi menjamin kesaksamaan dalam aktiviti imunisasi kepada rakyat yang layak divaksinkan.


Katanya, apabila bekalan vaksin itu tersedia untuk pasaran terbuka kelak, kerajaan akan memantau dan menetapkan harga siling bagi penggunaan di hospital swasta.


Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga sedang meneliti cadangan menggubal undang-undang baharu berkaitan penyebaran berita palsu vaksin Covid-19 yang boleh mencetuskan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat.


Sementara itu, Khairy berkata, setakat 6.30 petang semalam, seramai 15,923 individu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak Fasa 1 program itu dilaksanakan pada 24 Februari lalu.






Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-3-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye ok ok paham....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi maklumat disimpan oleh kerajaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list