Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
385
View
3
Reply

[Sarawak] Covid-19 27/04/2021

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-4-2021 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-4-2021 11:56 PM

Sarawak rekod 432 kes baharu, tiga kematian akibat COVID-19
KUCHING: Sarawak merekodkan 432 kes baharu dengan tiga kematian melibatkan jangkitan COVID-19, hari ini.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, daripada 432 kes baharu berkenaan, 70 peratus kes tertumpu di daerah Bintulu, Bukit Mabong, Miri, Sibu dan Kanowit.
Sementara daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Bintulu (81), Bukit Mabong (64), Miri (60), Sibu (53), Kanowit (46), Selangau (23), Mukah (23), Kuching (21), Matu (10), Julau (8), Marudi (6), Sebauh (6), Lundu (4), Sri Aman (3), Sarikei (3), Subis (3), Pakan (3), Serian (2), Lubok Antu (2), Bau (2), Meradong (2), Betong (2), Belaga (1), Tatau (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Telang Usan (1).
Jawatankuasa berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 28,961 kes.

"Hari ini terdapat tiga lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 165 orang," katanya hari ini.

JPBNS berkata kematian ke-163 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, sakit kepala dan sakit dada beberapa hari yang lalu.
Saringan ujian rT-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 9 April 2021 dan keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2021. Kes tidak mempunyai ko-morbid, katanya.
Manakala, kes kematian ke-164 pula melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 47 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala sakit tekak, demam, batuk, cirit-birit dan kesukaran bernafas.
Katanya saringan ujian rT-PCR dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 11 April 2021 dan keadaan kes didapati merosot.
Kes disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021 dan mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi.
"Kematian ke-165 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 44 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami sesak nafas.
"Kes didapati mengalami gejala batuk dan hilang deria rasa beberapa hari yang lalu. Saringan ujian Rapid Test Kit Antigen dan rT-PCR yang pada 20 April 2021 adalah positif COVID-19.
"Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia," kata JPBNS.
Sementara itu, berhubung kes baharu hari ini, JPBNS menjelaskan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, seramai 52 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 376 orang adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin.

kredit : utusan borneo 27/04/2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 29-4-2021 07:53 AM | Show all posts
COVID-19: Dua kluster baharu melibatkan dua rumah panjang di Kanowit



KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan dua kluster baharu melibatkan dua buah rumah panjang di daerah Kanowit iaitu Kluster Sungai Tuah dan Kluster Sungai Ngungun.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui kenyataan, berkata Kluster Sungai Tuah melibatkan perebakan jangkitan dalam kalangan penduduk rumah panjang yang berpunca daripada upacara pengebumian pada 12 April (Isnin).

Menurutnya juga, ia disusuli sembahyang malam pada 12 hingga 14 April 2021 yang turut dihadiri oleh saudara mara dari daerah Miri, Julau dan Sibu.

"Kes indeks ini merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 41 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Sibu setelah dirujuk oleh sebuah hospital swasta di daerah Sibu pada 16 April 2021.

"Hasil siasatan dan saringan aktif ke atas kontak rapat kepada kes indeks ini dan saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut, terdapat penambahan 30 kes positif COVID-19," katanya.

Tambahnya juga, keseluruhan sejumlah 83 individu telah disaring melibatkan kluster ini setakat hari ini dan 52 kes didapati negatif ujian rT-PCR.

Kesemua 31 kes yang didapati positif dirujuk ke Hospital Sibu serta Hospital Kanowit dan dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Sibu tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Manakala Kluster Sungai Ngungun yang mana kes indeks iaitu seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun, mendapat jangkitan dari komuniti di daerah Kanowit semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan jangkitan telah merebak dalam kalangan penduduk rumah panjang.

"Hasil siasatan dan saringan ke atas ahli keluarga, kontak kasual dan saringan bersasar ke atas penduduk rumah panjang tersebut mendapati 25 daripadanya dikesan positif COVID-19.

"Terdapat 39 lagi individu negatif COVID-19 selepas saringan pertama ujian rT-PCR," katanya.

Kesemua 26 kes yang dikesan positif COVID-19 untuk kluster ini dirujuk ke Hospital Kanowit dan dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Sibu.

Selain itu, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 63 kluster, di mana 18 kluster merekodkan 144 penambahan kes baharu.


kredit : utusan borneo 27/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 07:54 AM | Show all posts
COVID-19: Simunjan satu-satunya daerah berstatus hijau di Sarawak



KUCHING: Simunjan kini satu-satunya daerah berstatus hijau di Sarawak selepas Telang Usan bertukar kepada kuning, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daerah Telang Usan bertukar status daripada hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan.

"Ini menjadikan jumlah daerah yang berstatus kuning telah meningkat kepada 10 daerah dan hanya tinggal satu daerah berstatus hijau," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Telang Usan, daerah kuning adalah Lawas, Asajaya, Pusa, Dalat, Daro, Lubok Antu, Tanjung Manis, Tebedu dan Limbang.

JPBNS berkata daerah Matu pula telah bertukar kepada status merah daripada jingga setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 22 daerah dan daerah berstatus jingga telah menurun kepada tujuh daerah.

Daerah berstatus merah di Sarawak adalah Matu, Lundu, Pakan, Song, Tatau, Bukit Mabong, Belaga, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Sementara Sebauh, Bau, Julau, Betong, Kabong, Sri Aman dan Marudi berstatus jingga.

kredit : utusan borneo 27/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-4-2021 07:55 AM | Show all posts
Tujuh rumah panjang, sebuah sekolah menengah dikenakan PKPD



KUCHING: Lapan kawasan termasuk sebuah sekolah menengah di negeri ini diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Antaranya, PKPD di Rumah (Rh) Likiki di Ulu Pedanum, Pakan; Rh Empeni Budom, Lubok Putan, Sg Meradong, Sarikei; Rh Nyuka Lubuk Lemba, Sarikei; Rh Selat Lai, Sungai Janting, Meradong dan Rh Takang Uatau, Sungai Kertong, Meradong semuanya berkuat kuasa dari 26 April hingga 9 Mei 2021.

"Sementara itu PKPD di dua buah rumah iaitu Rh Giman, Skim B, Bintangor, Sarikei dan Rh. Kiam Ujai, Logan Entassan, Marudi berkuat kuasa 27 April hingga 10 Mei 2021.

"Manakala satu lagi PKPD melibatkan sekolah iaitu SMK Ulu Balingian, Sibu bermula pada 28 April hingga 11 Mei 2021," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan tempoh PKPD di Rh Bajak, Nanga Semawang, Julau dilanjutkan lagi dari 28 April hingga 4 Mei 2021.

Sebelum ini, Rh Bajak dilaksanakan PKPD bermula 14 April hingga 27 April 2021.

"Satu lagi PKPD iaitu di Politeknik Mukah akan ditamatkan pada 28 April 2021 memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

"Di samping itu juga, tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut," katanya.

Jawatankuasa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini.

kredit : utusan borneo 27/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list