Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
8201
View
68
Reply

[Politik] Hamzah cuba lantik ‘budaknya’ jadi pengarah SB, dakwa Hamid Bador

[Copy link]

Author: Abahmung       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-5-2021 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 4-5-2021 02:26 PM



Hamzah cuba lantik ‘budaknya’ jadi pengarah SB, dakwa Hamid
Oleh MALAYSIA DATELINE / May 4, 2021


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba melantik ‘budaknya’ sebagai Pengarah Cawangan Khas (SB)  Bukit Aman untuk membolehkan beliau menggunakannya SB untuk kepentingan politiknya walaupun perdana menteri sendiri telah menolaknya.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara yang baru bersara Tan Sri Hamid Bador sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malasia Gazette.


Abdul Hamid mendedahkan perkara itu selepas menyerang menteri dalam negeri yang disebutnya sebagai “MDN” itu secara terbuka dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara.

Katanya, kes bermula dengan usaha Hamzah menekan Jabatan Cawangan Khas (JCK) untuk menjalankan operasi bagi tujuan politiknya, yang bertentangan dengan mandat jabatan itu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya.

Beliau memberitahu portal itu, JCK seterusnya menolak menyertai operasi berkenaan dan kemudian melaporkannya kepada Muhyiddin.

Perdana menteri yang juga bekas menteri dalam negeri kemudian bersetuju bahawa JCK tidak boleh terlibat dengan kerja politik seperti itu.

Tambah Abdul Hamid, perkara itu menyebabkan Hamzah marah dan kemudian berusaha menjalin kerjasama dengan bekas pegawai kanan yang boleh diarah menteri itu.

Tanpa menyebut nama berkata, Abdul Hamid berkata pegawai kanan JCK yang tamat kontrak tahun lalu itulah yang disebut Hamzah sebagai “budak” menteri tersebut.

Pegawai itulah yang ingin dilantik Hamzah menjadi Pengarah Cawangan Khas (PCK) baharu menggantikan pengarah sedia ada.

‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan budaknya menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri,” katanya.



Single Polls, Total 133 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-5-2021 11:49 AM | Show all posts


Waktu isu 1MDB lagi saya lawan, tegas Abdul Hamid
Oleh FAZLI RADZI / May 5, 2021


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perancangan untuk mendedahkan campur tangan politik dalam Cawangan Khas telah berlaku sejak beberapa bulan sebelum beliau bersara.

Bahkan, tegasnya, sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau bersuara kerana menentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang.

“Dah berlaku beberapa bulan, dekat-dekat saya nak bersara lagi panas. Maknanya kalau dapat cepat, cepat lagi nak kawal, nak kuasai, itulah niatnya.

“Prinsip saya jelas sama seperti 2015 dahulu, waktu 1MDB saya lawan atas prinsip tidak boleh ada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan.

“Jadi, 2021 ini kalau saya dapat lihat ada kecenderungan untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, menindas orang yang tidak bersalah, saya akan ambil tindakan sama ada saya hebahkan dan dedahkan,” dipetik Sinar Harian.

Sehubungan itu, Abdul Hamid berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk dirakam keterangan berhubung pendedahannya berkaitan campur tangan politik dalam Cawangan Khas.

Menurutnya, tidak jadi sebarang masalah sekiranya pihak berkuasa memanggilnya untuk dirakam keterangan.

“Saya tengok perkembangan, kalau beliau (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin) ada nak nafi ke apa, kalau nak saya datang bagi keterangan, saya datanglah.

“Pada saya biarlah kepimpinan Bukit Aman siasat, nak tentukan kes jenayah ke terpulang kepada mereka.

“Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, itulah saya dedahkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Abdul Hamid turut mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Cawangan Khas bagi kepentingan politik selain mendedahkan wujudnya campur tangan menteri terhadap pelantikan pegawai kanan polis.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 12:51 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 4-5-2021 01:18 PM



Pemuda PH akan ke SPRM lapor isu rasuah yang didedahkan Hamid Bador
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / May 4, 2021


Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ekoran pendedahan wujudnya campur tangan menteri dalam urusan polis.

Ia berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa wujudnya campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang cuba mempengaruhi pertukaran pegawai dalam pasukan berkenaan.

Menerusi maklumat yang diberikan, laporan kepada SPRM akan dibuat pada jam 1 petang ini.

Sidang media pula akan diadakan di hadapan bangunan SPRM Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Terdahulu, Abdul Hamid mendedahkan wujud penyalahgunaan kuasa dan campur tangan Hamzah dalam pelantikan serta penempatan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga menggambarkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.

Sebelum ini tular di laman sosial tentang rakaman audio yang mendakwa Hamzah mengatur kedudukan jawatan polis dalam PDRM.

Beliau juga mengakui audio yang tular di laman sosial berhubung pelantikan ketua polis negeri adalah dirinya.

Ia sekali gus mengundang gesaan beberapa pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu siasatan segera berhubung perkara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) hari ini

Motif pergi report ke Suruhanjaya Pilihan Raya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 01:16 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2021 01:08 PM
Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) har ...


dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabok ketum dah reputs... tak koser nak team memana ..lantakan korang bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:21 PM | Show all posts
Abahmung replied at 4-5-2021 12:51 PM
Pemuda PH akan ke SPRM lapor isu rasuah yang didedahkan Hamid Bador
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON ...

Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) hari ini ekoran pendedahan wujudnya campur tangan menteri dalam urusan polis.






Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:26 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2021 01:08 PM
Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) har ...

mesti blurrrr jah acik gomen kat SPR tu org dtg report perihal polis negara
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:37 PM | Show all posts
da kena kobid pun x insaf g
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat korup, dah terang lagi bersuluh menteri ni salah guna kuasa tapi takde tindakan diambil oleh pm. Susah sangat ke nak pecat muka tembok gini wei
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 4-5-2021 01:16 PM
Mabok ketum dah reputs... tak koser nak team memana ..lantakan korang bergaduh


Betul tu! Koser sgt nak ke team mana2. Sama je kot dua2. Acah2 hero la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pencacai Bunga Puchong Tu? Takde Komen lagi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman wak amzah, jgn tak saman ...bukankah yiddin pagoh on your side?...kasi wak bidon merasa the brunt of the law sebab main tuduh tuduh.....




Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:03 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2021 01:08 PM
Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) har ...

Hahaha lawak sunggguh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:10 PM | Show all posts
renko replied at 4-5-2021 01:37 PM
da kena kobid pun x insaf g

kelakar ler wei guna alasan kobid untuk insap.
dekat maeps sana pesakit kobid siap main ping pong lagi


penyangak2 dalam agensi kerajaan dan menteri kabinet ni,
hanya akan insap bila sudah terbaring dan tunggu masuk ke alam barzakh.



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:13 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 4-5-2021 02:18 PM

ini semua pesakit kobid di pusat kuarantin negara,
sudah2 la korang semua panik macam kambeng masuk kandang

yang masuk ICU tu takde ramai mana pun,
yang mati sebab kobid ni pun cuma 0.4% saja setakat ni.









Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:17 PM | Show all posts
aku terlentang di sofa pejabat.. memikirkan masa depan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tebal muka menteri ni
SPA dgn SPP menteri ke jd pengerusi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:27 PM | Show all posts
selyusi replied at 4-5-2021 01:43 PM
Sangat korup, dah terang lagi bersuluh menteri ni salah guna kuasa tapi takde tindakan diambil oleh  ...

PM , MDN sekapal kut.. parti munge... kalo pecat nanti hilang satu undi parlimen.. uhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-5-2021 02:33 PM

Rakaman audio minit 3:57

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 4-5-2021 02:30 PM
Rakaman audio minit 3:57

Mengaku suara dia tp xmengaku content apa ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list