Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1589
View
16
Reply

[Tempatan] Kebenaran operasi 38 jenis perniagaan PKP3.0 untuk elak lebih ramai hilang kerja

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-5-2021 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Benar operasi 38 jenis perniagaan elak lebih ramai hilang kerja - Nanta
Diterbitkan 7 May 2021, 4:24 pm

Keputusan kerajaan membenarkan 38 jenis perniagaan termasuk bukan 'essential' beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memastikan kelangsungan perniagaan dan mengelakkan lebih ramai kehilangan pekerjaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata walaupun ada perniagaan bukan 'essential', ia perlu dibenarkan terus beroperasi supaya pekerja mereka mendapat upah atau gaji untuk menyara kehidupan.

"Walaupun kedai perabot itu bukan essential, jika kita tidak benarkan mereka beroperasi ia akan menjejaskan perniagaan tersebut dan secara tidak langsung nasib pekerja mereka juga akan terkesan.

"Kedai barang kemas itu mungkin bukan essential tetapi pekerjaan essential kepada pekerja kerana mereka memerlukan gaji untuk menyara kos hidup mereka dan sebagainya, dan lebih-lebih lagi sekarang ini kita nak menyambut perayaan.

"Sebab itu selepas kami memikirkan sedalam-dalamnya, kami harus melihat dari sudut memastikan kelangsungan perniagaan, katanya kepada media selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Raya, di Putrajaya hari ini.

Nanta berkata tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran juga merupakan faktor utama kerajaan membenarkan sektor itu terus beroperasi semasa PKP.

Menurutnya, daripada 528,581 premis yang diperiksa hingga 5 Mei lepas, 98.36 peratus atau 520,028 patuh pada SOP, 597 premis atau 0.11 peratus diberi amaran dan hanya 178 premis atau 0.03 peratus dikenakan kompaun.

"Yang penting dari tahun lepas hingga sekarang, kita dapati ada kepatuhan kepada SOP yang amat tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran dan sebab itu kami membenarkan 38 jenis perniagaan beroperasi," katanya.

Semalam, KPDNHEP mengumumkan sektor perdagangan pengedaran seperti peruncitan, pemborongan dan pengedaran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Antara jenis perniagaan yang dibenarkan ialah kedai antik, kedai buku dan alat tulis, kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan sukan dan kedai tembakau.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di Selangor bermula 6 hingga 17 Mei depan, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak pula dikenakan PKP bermula 7 hingga 20 Mei ini.

Mengenai Jualan Prihatin Raya, Nanta berkata kementerian mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat pembekal utama untuk menawarkan barangan keperluan pada harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Antara barangan yang dijual pada program itu ialah ayam, telur, ikan, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran dan pelbagai jenis barangan keperluan yang lain.

"Pada jualan ini, ayam seekor dijual dengan harga RM8 manakala minyak masak peket sekilogram pula dijual dengan harga RM2 sepeket, ini menunjukkan memang harga itu lebih murah daripada pasaran," katanya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-5-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Beyond these 38 bidang perniagaan? Biar theyols mampos gulung tikar?


INI TIDAK ADIL....

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:01 PM | Show all posts
moratorium ada tak utk pkp 3.0 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:33 PM | Show all posts
wirazam replied at 7-5-2021 05:01 PM
moratorium ada tak utk pkp 3.0 ni?

Tak ada rasanya sebab rata2 semua dah kerja macam biasa ikut waktu perjabat biasa tak ada yang wfh dah.  Kalau ada pun mungkin segelintir je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:34 PM | Show all posts
contoh yang tiada kerja selalu main forum stinger aka manak + nyawa liat macam lava
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Manak ni takde keje ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2021 06:36 PM
Manak ni takde keje ke apa?

Makan gaji buto la tu.mesti kja gomen.ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 7-5-2021 09:43 PM
Makan gaji buto la tu.mesti kja gomen.ha ha

Tak tau.. aritu rasanya dia keje sapu sampah kat singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
PKP BERDARJAT

4498 kes hari ini.
Saya pasti ianya akan mencapai 10 ribu kes sehari tidak lama lagi. Katil ICU dah nak habis; sekarang katil-katil bukan ICU dah kena letak mesin bantuan pernafasan.

Dan ini HANYA permulaan.
Pastinya kami petugas-petugas perubatan dah PASRAH.
Yang saya belum pasti - adakah kita akan melalui apa yang dilalui oleh negara India sekarang.

Tidak perlu tuding jari siapa gagal.
Kita SEMUA gagal sudah.
Gagal membendung penularan COVID19.

Saya dengan merendah diri memohon kepada YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, MKN tidak perlulah PKP berdarjat. Masyarakat keliru ya amat sekarang ini.

Saya merayu, buatlah PKP PENUH sekali lagi; untuk seluruh negara. Saya tahu, ekonomi perlu difikirkan. Kita boleh ke menerima lebih ramai meninggal dunia dan sakit berpanjangan sebab jangkitan COVID19 demi ekonomi? Setahu saya, nyawa manusia adalah priceless; tiada harga.

Kepada masyarakat Malaysia semua, kita berkorban Aidilfitri kali ini dan terus duduk dirumah sendiri. Tidak perlu bercium bersalam dengan sesiapa sekalipun. PLEASE.

Tolonglah. Bukan tolong kami.
Tapi tolong anda dan keluarga anda.
COVID19 sudah ada merata-rata.

Rafidah Abdullah
Pakar yang akan on-call Aidilfitri nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 7-5-2021 10:03 PM
PKP BERDARJAT

4498 kes hari ini.

Kalau tak mati covid..mati bunuh diri hutang banyak..Keje takde. Lose lose situation.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana nak off iklan sebab tak.boleh buka page seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
addelinda replied at 8-5-2021 12:42 AM
Macamana nak off iklan sebab tak.boleh buka page seterusnya

Install Brave browser, segala mak nenek iklan takkan keluar lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 05:35 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-5-2021 01:30 AM
Install Brave browser, segala mak nenek iklan takkan keluar lagi dah

Ada jugak yang terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dah terlambat nak buat pkp penuh mcm pkp 1.0 hari tu.

sepatutnya buat pkp penuh tahun lepas masa I lestari, I sinar, mora apa semua tu masih lg berjln+govt tambah bpn. sekrg semua dah stop & lg memburukkan keadaan govt dah otw nak jd bankrap bwh pn, nak pkp penuh mcm mn?

bkn najib tak cadang pkp penuh awal2+pakej rangsangan++ tp kerajaan pn buat tau je kan?

gagal segagal2nya kerajaan muhyiddin ni. ekonomi, kesihatan semua hancur

#kerajaangagal
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
addelinda replied at 8-5-2021 12:42 AM
Macamana nak off iklan sebab tak.boleh buka page seterusnya

Guna braave yg gambo singa tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
#gagaltotal         
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat masa sekarang ni yg teruk industri pelancongan,perhotelan,pemandu bot pelancong,yg buat snorkeling,scuba dan yg sewaktu dgnnye. van sekolah,makcik2 dan pakcik2 kantin sekolah,u,kolej,kedai photostat kat universiti..ni yg npk teruk terkesan pada aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list