Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
4706
View
81
Reply

[Tempatan] Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’ dari syarikat telco berkemuka muka.Korang pernah ambil pakej ni?

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-6-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Tular video di media sosial mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi membekalkan telefon bimbit tidak berkualiti kepada pengguna di bawah subsidi Jaringan Prihatin bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk golongan B40.

Video berdurasi 10 minit 34 saat itu dimuat naik di saluran YouTube oleh pemilik akaun menggunakan nama ‘VestaEris’.

Difahamkan punca video klip itu ditularkan ialah disebabkan kecewa kerana tidak mendapat telefon bimbit mengikut spesifikasi seperti diharapkan.

“Saya buat video ini kerana tidak puas hati. Mana tahu ada orang terdesak nak guna telefon, tetapi dapat yang ‘cikai’ (kualiti rendah).

“Masing-masing macam sampah. Saya semak spesifikasi telefon dan kebanyakan macam sampah,” katanya menerusi YouTube yang yang dimuat naik pada 15 Mei lalu.

Individu di sebalik klip video tersebut turut mendakwa, antara spesifikasi yang tidak sesuai digunakan ialah kamera menggunakan megapixel yang rendah, jangka hayat bateri tidak lama dan perisian tidak relevan untuk digunakan pada zaman ini.

Kecewa nama didaftar tanpa persetujuan

Sementara itu, pengguna meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah syarikat telco negara yang didakwa mendaftarkan nama mereka ke pakej subsidi Jaringan Prihatin tanpa persetujuannya.

Difahamkan inisiatif yang menawarkan pemberian telefon percuma bersama data bulanan itu tidak boleh dibatalkan setelah pendaftaran diterima.

Salah seorang pengadu, Raja Zahidi Raja Abdullah, 43, berkata, syarikat tersebut mendapat data maklumatnya melalui pendaftaran Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL (YTL-LFH) yang dilengkapkan olehnya pada tahun lalu.

“Tahun lepas saya buat pencalonan nama anak saya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelan YTL-LFH. Selepas lulus, mereka hantar e-mel minta saya lengkapkan pendaftaran dengan memuat naik salinan MyKad saya dan anak. Bagaimanapun saya abaikan e-mel tersebut.

“Apabila pelancaran Jaringan Prihatin dilaksanakan, saya menyemak kelayakan tersebut melalui nombor MyKad dalam laman web YES. Terus sistem YES pradaftar nombor MyKad saya.

“Saya sedar ketika cuba menyemak dengan syarikat telco lain, mereka mengatakan saya sudah mendaftar program YES Prihatin. Pendaftaran itu dibuat tanpa persetujuan saya,” katanya.

Pakej tidak berbaloi, tak dibenar untuk pembatalan

Sementara itu, pengguna perkhidmatan sebuah telco menyifatkan pakej subsidi yang diterima tidak berbaloi kerana peranti telefon dibekalkan tidak sesuai untuk menampung beban perisian terkini.

Seorang pengguna, Salina Maharup, 36, berkata, peranti tersebut tidak relevan untuk diguna pakai dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Telefon pakej itu merupakan model YES Altitude 3 dengan spesifikasi yang sangat rendah iaitu CPU 1.3 Ghz, lapan gigabyte (Gb) ROM, satu Gb RAM, bateri 2,000 miliampere jam (mAh).

“Carian di laman membeli-belah dalam talian menunjukkan dengan lebih kurang RM250, kita boleh mendapat telefon yang mempunyai spesifikasi jauh lebih baik dan sesuai untuk PdPR yang memerlukan penggunaan pelbagai aplikasi dan muat turun kerja rumah,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Tuan Syawal Tuan Roslan, 28, berasa tidak puas hati apabila hanya menerima kad sim sahaja daripada syarikat telco berkenaan.

Tuan Syawal mendakwa pihak telco memaklumkan bahawa dia hanya mendaftar permohonan untuk kad sim bagi inisiatif yang layak diterimanya.

“Saya sudah menghubungi talian perkhidmatan yang disediakan, tetapi dimaklumkan saya cuma daftar untuk kad sim saja sedangkan saya daftar dengan pakej itu sebab promosinya memaklumkan ada telefon percuma,” ujarnya.

Menurut Tuan Syawal, beliau juga tidak dibenarkan membuat pembatalan bagi pakej tersebut kerana sudah menghantar telefon dan kad sim kepada saya.

“Sekarang ini saya sudah membuka semula aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)dan memaklumkan saya mahu membuat pembatalan. Saya juga tidak menerima telefon itu,” tegasnya.

Sumber:SinarHarian
IMG_20210606_151629.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-6-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes ni bapak chryseis punya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Content youtube dia bgs tapi tak perlu la nak hentak2 bagai. Budus bikin anxiety tgk dia hempas2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes ni dari zaman frog ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs la pengadu last tu nama syawal buat aduan, ikut saluran betul utk dptkan hak kita.

Syarikat telco ni pun satu, bagi asal boleh, padahal duit dpt dari gomen khens, Which is taxpayer money. Senang2 je cincai2 yah. Kdg kesian kt org2 b40 yg btl2 usaha, Tgh2 happy nk dpt telefon baru, Tgk2 dpt brg mcm bagi sudi tak sudi je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 07:13 PM | Show all posts
YES yang dpt free kt cikgu dulu pun x smpi setahun semua mampos.
Bateri panas n terus xnk on.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai samsung galaxy a2 rasa ada jaringan prihatin gak tepon ini, ok juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknye spec dia.. kecik pulak tu 8gb.. dah la android selalu nak kena update apps.. kesian mana yang dah terikat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 07:51 PM | Show all posts
ramai sangat yang complaint pasal yes ni…. ramai yang terkena…
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 6-6-2021 07:18 PM
Aku pakai samsung galaxy a2 rasa ada jaringan prihatin gak tepon ini, ok juga

Celcom bagi A2 kan? Aku tgk promo celcom..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 08:48 PM | Show all posts
rendah specs yg dihantar pada depa tu kan?
banyak lagi YES phone tang lebih baik, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-6-2021 03:54 PM
Yes ni bapak chryseis punya kan?

Bukan chuols. YTL punya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 08:58 PM | Show all posts
apa nak expect...syarikat kabel kuat...

semua dia nak sapu..


pada yg kena tipu tu, korang buat la aduan pada saluran yg berkenaan....

jangan mudah mengalah..

aku dulu pernah fight isu harga unifi & speed x sepadan bila kerajaan dh bg arahan upgrade speed dgn harga rendah..

lama gak fight melalui SKMM, last2 menang gak....dapat apa yg aku nak, cuma rugi dapat rasa kejap je sbb aku pindah rumah & terminate akaun
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 6-6-2021 08:55 PM
Bukan chuols. YTL punya.

Tersilap bapak orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-6-2021 09:00 PM
Tersilap bapak orang

Org yg u maksudkn tu pun ada telco jugak. Telco dia offer set peranti paling murah samsung ao2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xpercaya bende2 murah cenggini, ape kate kumpul duit sikit beli telipon yg elok, bukan mahal pun skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Fon cap ayam zaman batu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes online pun tak boleh pakai fon murah. Cepat penuh, panas dan mati terus. Dalam 3 tahun dah 5-6 kali fon aku arwah. Bisnes aku pun arwah sekali pasal databse dgn motivasi ke laut dalam
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 6-6-2021 08:48 PM
rendah specs yg dihantar pada depa tu kan?
banyak lagi YES phone tang lebih baik, kan?

Spec dah lama.. Baik offer maxis dan celcom lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Automatik lepas semak? Macam tak jer... Sbb kat option tu memang terang2 cakap register kalau dekat fon i... Pakcik ni tak baca habis kot? Tu spekuan i jelah pakcik ni tak baca habis then terus tekan register je

Screenshot_20210606_215709_my.yes.yes4g_edit_450258384842753.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list