Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
24439
View
151
Reply

[Politik] Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin- YDP Agong.

[Copy link]

Author: BicaraHatiku       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-6-2021 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 17-6-2021 07:50 AM




KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan pelan pemulihan negara yang dibentang kerajaan semalam dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahasakan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, pandangan baginda itu dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari pelbagai agensi kerajaan.

"Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Fadil berkata, baginda menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, baginda turut menzahirkan harapan angka jangkitan wabak COVID-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi satu-satunya 'exit strategy' bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

"Baginda menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus (herd immunity) dapat dicapai seawal mungkin," katanya.

Dalam pada itu katanya, baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa  serta penat lelah dalam usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 di negara ini.

"Baginda mengambil kesempatan ini menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Raja-Raja Melayu yang juga mencerminkan keprihatinan tinggi Raja-Raja Melayu terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat.

Sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri lapan Raja-Raja Melayu, berlangsung di Istana Negara, selesai kira-kira jam 7 malam tadi, selepas berlangsung hampir 4 jam.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/828623/agong-titah-parlimen-bersidang-segera


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 129 Users voted View Voters

Poll is finished

13.68% (55)
10.70% (43)
10.20% (41)
7.46% (30)
10.70% (43)
9.70% (39)
17.41% (70)
14.43% (58)
3.73% (15)
1.99% (8)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
X abis2 gusar pasal pertukaran kerajaan? Apakah lobai dh diserang sindrom meminta2 jawatan?

Tang org tertenti pandai main cerita dlm Islam jawatan bkn utk diminta2 tp tang dia kalau bleh nk sumbat jawatan tu dlm gumpalan kain pelikat kejap2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:10 AM | Show all posts


Mereka ini yang terang2 DERHAKA dgn istana, kenapa walaun & walauntit tak guling2 kat jalan raya mcm PAS  buat kat Perak dulu !!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:20 AM | Show all posts
tiada apa2 yg bermakna akan terhasil dr mesyuarat ini...yg penting, dlm sistem demokrasi, parlimen harus bersidang segera...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:11 AM | Show all posts
kalau tukar kerajaan pun
yang naik nanti
terus senyap tak berkutik
bila jadi pembangkang je bijak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah kerajaan abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+. Kita tidak pernah lagi mempunyai PM seperti abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ sepertimana abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ itu.

Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai PM seperti abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:29 PM | Show all posts
harapannya iols doakan kalau yang jadi pemimpin baru nanti...
tapi tak semenggah juga perangainya moga2 tak lama la beliau jadi pemimpin...
aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana option MAGERAN??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-6-2021 08:55 PM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 17-6-2021 07:56 AM

Margerin tak ada dalam ketetapan ...

  • Parlimen perlu bersidang segera
  • Parlimen bahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara
  • Parlimen bincang peruntukan bantu rakyat dlm kesempitan
  • Perlu adanya Kerajaan yang stabil dan kukuh
  • Kerajaan perlu bertindak permudahkan birokrasi untuk proses vaksinasi
  • Parlimen platform penting bincang penularan Covid-19



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:01 PM | Show all posts


Kenapa ABAHcow langsung tak petik negara juga kehilangan 4,069 nyawa sepanjang PKP ketika ucapannya pada pengumuman perutusan khas Pelan Pemulihan Negara semalam berbanding lebih tekankan terhadap negara hilang RM1 bilion sehari?

Biar rakyat mati beribu asalkan terus kekal berkuasa..!!

Apa punya celaka kerajaan skrg ni.

#KerajaanGagal
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-6-2021 09:01 PM
Kenapa ABAHcow langsung tak petik negara juga kehilangan 4,069 nyawa sepanjang PKP ketika ucapan ...

Setuju...nampak mcm kerajaan xdpt berfungsi...ada 70 post menteri dan timb menteri but dlm keadaan skrg nih..brp byk yg benar benar berfungsi...tanpa diaorg, kementerian still can be operationalize...apa guna KSU , KSU, Ketua Pengarah dan KSN tu..rakyat lebih confident dgn penjawat awam yg majoriti rata rata ni PTD Kan...PTD Kan cream of the cream..this is the time for them to shine like a diamond...before this semua dibayangi oleh menteri dan timb menteri je..kecuali kementerian kesihatan lah..Tan Sri Hisham mmg world class!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh buka parlimen. Sila gesa penubuhan suruhanjaya siasat vaksin lambat. Peruntukan dah banyak. Tapi lagi lembab dari myanmar n indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts



Kami di rumah senyum je dgn hasil persidangan. Sebab apa. Dlm media sosial, rakyat merintih minta ydp masuk campur bantu mereka yg terkesan.

Geng tanjak, geng laung melayu sibuk laung sana sini kata agung yg terbaik perintah negara.

Seerakyat dapat apa? Hadap je lah weols hidup berkurung macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-6-2021 09:33 PM
TQ..but bukan ke kuasa utk bubarkan parlimen berada ditangan YDPA?

Agong boleh bubarkan parlimen tapi atas nasihat PM. Sebab tu masa tun jumpa agong, agong pun dh bgtau kan kalau boleh usul MAGERAN ni seeloknya dari PM.

Dalam keadaan darurat ni agong ada kuasa lebih sikit kan cuma tak pasti la pulak dia boleh lucutkan jawatan pm ke tak..kene bukak balik buku sejarah la pulak.. Hahaha.  Dalam keadaan biasa memang tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 09:31 AM | Show all posts
tripleid replied at 16-6-2021 09:01 PM
Kenapa ABAHcow langsung tak petik negara juga kehilangan 4,069 nyawa sepanjang PKP ketika ucapan ...

PN muka tebal, kalis maki...disokong oleh lebai2 bodoh lahap gaji menteri
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat nak menangguk di air yg keruh...tsk payah la bukak tred macam ini TT ooiii..

cheated our feelings aja...bukan kau boleh collate hasrat kami disini dan sampaikan di mesyuarat nanti....

podaahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Moratorium bukan monotorium
Dah dekat 2 tahun pun ramai lg yang taktau
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:40 AM | Show all posts
Secara jujur? Macam xda harapan jah, ntah2 persisi perutusan abahcow, haus, kosong, yilek, zilch, nada.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 16-6-2021 09:40 AM
Secara jujur? Macam xda harapan jah, ntah2 persisi perutusan abahcow, haus, kosong, yilek, zilch, na ...

Mesyuarat dah dua kali this month alone kheunz?

boleh rentas negeri kewwww?

oh lupa raja raja....

sorryy

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
harapan tinggal harapan. semua sama saja. bertabahlah rakyat maehaen
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
natang apa monotorium tu...?

Sesetengah options tu bukan harapan

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:51 AM | Show all posts
axl_bach replied at 16-6-2021 01:38 AM
X abis2 gusar pasal pertukaran kerajaan? Apakah lobai dh diserang sindrom meminta2 jawatan?

Tang  ...

Lobai2 takut kehilangan Mercedes dan alaun.
Negeri paling miskin, kereta paling mahal.
Ko ghaser?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:06 AM | Show all posts
Klu dpt aquarium smpi Dec pun Joni bcukur sgt dh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tipahketipung replied at 16-6-2021 09:51 AM
Lobai2 takut kehilangan Mercedes dan alaun.
Negeri paling miskin, kereta paling mahal.
Ko ghaser ...

Menurut riwayat...Nabi kita, seorang pemimpin terulung  ...menggunakan kuda atau unta dari kalangan  breed yg baik jika bukan yg terbaik....as mode of transportation....sunnah mengikut nabi ....pilih pengangkutan dari antara yg terbaik...

Kau mana tahu semua ini kheumz?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:22 AM | Show all posts
semoga yang baik2 saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerprune replied at 16-6-2021 02:13 AM
Menurut riwayat...Nabi kita, seorang pemimpin terulung  ...menggunakan kuda atau unta dari kalanga ...

Yea allahhhh profile lain pulak!
Tak payah sembang acah2 para syuhada sangat dik.
Kau tu layak naik keldai ajo.
Keldai jo lah yg boleh relate dengan hotak kau dik!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:42 AM | Show all posts
moratorium la
monotorium hangguk kau
menutuh kau kang bru tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:45 AM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 16-6-2021 10:46 AM

darurat xguna xda hasil harus ditamatkan
semua law harus melalui parlimen utk dibahasSOP hanya SOP..SOP bukan law
ni bukan rejim kominis
kalau nak rejim kominis sbb dah fobia dengan coronavirus
sila abandoned institusi raja2 dan adopt communism
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tipahketipung replied at 16-6-2021 10:41 AM
Yea allahhhh profile lain pulak!
Tak payah sembang acah2 para syuhada sangat dik.
Kau tu layak n ...

sangkal @rebutt atau add on if you need to, towards my points .setakat membaholkan diri in respond macam ini tak payah waste current kau....

kahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapan agar pemimpin dari kerajaan PN mati cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:08 AM | Show all posts
yahoooo...dapat PM baru..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list