Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
8106
View
116
Reply

[Tempatan] Thirty One Fine Bakes sentap sebab ada customer tak nak beli dari bangsa India

[Copy link]

Author: Makcik.Kiah       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-6-2021 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Makcik.Kiah at 18-6-2021 07:23 PM

Tak menyesal hilang pelanggan rasis seperti anda, kata bakeri
June 18, 2021 7:02 PM




PETALING JAYA: Silap langkah seorang pelanggan kerana mendesak mengetahui bangsa pekerja di sebuah bakeri dalam talian di Petaling Jaya, apabila terus ditolak perniagaan itu kerana bersikap perkauman.

Perkara itu dikongsi Thirty One Fine Bakes di Instagram menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp, yang menegaskan pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap sikap diskriminasi dan kebencian di Malaysia.

Pada mulanya, individu tersebut bertanya mengenai bangsa pemilik bakeri itu, yang menjawab ia syarikat berbilang kaum seterusnya bertanyakan alasan di sebalik soalan itu.

Individu itu bagaimanapun menjawab ingin mengetahui sama ada terdapat pekerja bangsa tertentu kerana tidak suka membeli barang yang dihasilkan oleh kumpulan etnik tersebut.

Bakeri itu terus menegur sikap perkauman buruk ditunjukkan pelanggan berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sentimen seperti itu.

Perkauman dan diskriminasi adalah penyakit yang telah lama berakar umbi di negara ini, dan kami berusaha untuk memastikan tidak ada ruang untuk sikap seperti di syarikat ini.

Syarikat ini adalah ruang bagi individu berkembang secara peribadi dan profesional, tanpa sebarang prejudis. Kerana kata-kata anda yang menjijikkan, kami tidak menyesal mengatakan bahawa kami senang hati kehilangan anda sebagai pelanggan. Selamat maju jaya, jawabnya.

Thirty One Fine Bakes merahsiakan identiti pelanggan tersebut dalam catatan Instagramnya, namun menegaskan ingin berkongsi kejadian itu untuk menyedarkan orang ramai mengenai masalah ini.

Kami pernah menerima mesej seperti itu sebelum ini, tetapi kini menyedari mereka tidak sepatutnya disembunyikan, katanya.

Bakeri itu mendapat sokongan padu warganet dan pelanggannya, malah ada yang mengucapkan terima kasih kerana kelantangannya bangkit menentang perkauman.

Prithiviraj Krishnasamy ketika memuji tindakan itu berkata, ia mungkin kehilangan pelanggan tersebut tetapi mendapat pelanggan lain melaluinya.

Menyedihkan! Mendedahkan dan memalukan orang bodoh dan perkauman seperti itu sebenarnya perbuatan terbaik! Anda mengendalikanya dengan beradab dan bermaruah, kata Hiba Farooqi ketika memuji tindakan bakeri itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-6-2021 07:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak 'berterus terang' jugok...orang tu....ingatkan dia nak pastikan drp sudut 'HALAL'...@Andai dia seorng muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan melayu ni..melayu penyumbang utama masakan india- tokey mamak muslim- tukang masak hindu from india.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-6-2021 07:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 18-6-2021 07:30 PM
Agak 'berterus terang' jugok...orang tu....ingatkan dia nak pastikan drp sudut 'HALAL'...@Andai dia  ...

Bakeri ni dah confirm tak halal nak oi, kek dia ada campur denga rum dan arak. Hanya orang Islam yang bebal saja sanggup beli kek di bakeri ni

Sebenarnya makcik syak, bakeri ni saja create WA conversation yang macam di atas untuk naikkan reputasi bakeri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasis tak salah punnn.semua bangsa perlu ada sikap utamakan bangsa sendiri..masalahnya jujur sangat soalan..kan baik siasat dengan cara lain,bukan tanya owner .
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kat stesen LRT Plaza Rakyat tu ada kaum kerabat dia jual bun.. ada juga Melayu beli.. pelik sungguh.. aku pandang pun x hengen
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ak dh tgk fb bakery, i doubt bakery ni main customer dia malays, sbb kek dia guna rum bacardi. tp pelik dia open order utk raya, myb ada melayu urban kot beli. cara whatsapp tu mcm org x fasih english. ko ingat Malays je ke english x fasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:44 PM | Show all posts
sengaja create issue ke nak free marketing
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-6-2021 07:45 PM | Show all posts
Belibis replied at 18-6-2021 07:38 PM
Rasis tak salah punnn.semua bangsa perlu ada sikap utamakan bangsa sendiri..masalahnya jujur sangat  ...

Setuju sangat, setiap orang berhak memilih di mana dia nak belanjakan duit dia. Bayangkan kalau ada yang mesej ke bakeri ini, "halo tauke, ini kedai kek BMF dan halal kah?" Confirm kita dikatakan rasis. Makcik utama BMF dan kedai orang kita saja dulu, kalau tak ada pilihan, baru kedai dia orang. Duit kita hak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
saja nak sensasi so ppl will pay more attention to ur company
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:03 PM | Show all posts
hasanah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I boleh kata yg tnya tu 80% confirm mesti sepet. Melayu xkn ckp mcm tu. Mesti akn sebut non-muslim @ halal status
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau malay muslim, confirm akan tny status halal food situ. Xde makna nak tny kaum apa owned the kedai...
Cubaan memburukkan melayu/islam ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:16 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-6-2021 08:03 PM
I boleh kata yg tnya tu 80% confirm mesti sepet. Melayu xkn ckp mcm tu. Mesti akn sebut non-muslim @ ...

Khennn, iols pun rasa sepet, sebab melayu, kalau iols la jenis pastikan ada sijil halal dan kebersihan dah cukup. Kalau was2 tak payah beli terus. Baik beli kek mamasabariah sekali ngap tu je sampai la terkambus belakang rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-6-2021 08:22 PM
Khennn, iols pun rasa sepet, sebab melayu, kalau iols la jenis pastikan ada sijil halal dan kebers ...

Tapi kek mamasab kambus belakang rumah chuols tu confirm ke halal? Haa? Haa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 18-6-2021 08:30 PM
Tapi kek mamasab kambus belakang rumah chuols tu confirm ke halal? Haa? Haa?

Halal la kot kaka sebab gigih duk tayang sijil dekat outlet HQ yang konon gah sangat kedengaran ujung2 rupanya kedai 3 tingkat jah. Dekat kotak2 pun gigih di cop winning brand walaupun kotak rupa nan hado jah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamasab kek & cookies xsedap pun. Hairan jgk knp femous sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 09:03 PM | Show all posts
Di Medan itu ada yang namanya Suan's Bakery, toko kek yang paling lama ada di kota Medan, mulai dari tahun 80an. Lokasinya di Kampung Keling, ndak jauh dari rumah saya dan OTW ke sekolah saya SMA Negeri 1 Medan. Saya sering berbelanja di toko Suan's ini karena rotinya enak, tawar kek keju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list