Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
4272
View
34
Reply

Mengalir air mata ibu ibu. Chef Wan menangis cerita pasal membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal.

[Copy link]

Author: dudaberhias       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-6-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
  


Sempena Hari Bapa, Fara Fauzana sempat live dan temubual chef terkenal tanah air iaitu Chef Wan di Instagram.

Menerusi live selama 57 minit 27 saat itu, Chef Wan berkongsi pengalaman terindah bersama arwah bapanya dan cabaran yang dihadapinya sebagai seorang bapa kepada dua orang anak.

Saya panggil ayah dekat arwah bapa. Kenangan paling seronok yang saya takkan lupa ialah apabila bapa saya bawa balik coklat kepada kami adik beradik. Kadang-kadang ayah pos untuk hantar dekat kami. Ayah saya kerja sebagai tentera udara. Walaupun ayah kerap berpindah dan jarang tinggal bersama kami, saya rasa momen bila ayah balik rumah dan bawa coklat British tu membuat kami semua gembira.

Menurut Chef Wan, dia merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Pengalaman bersama ayah bagi beliau boleh dikatakan tidak banyak kerana ayahnya seorang tentera udara. Jelas Chef Wan, ayahnya sering berpindah randah semasa berkhidmat. Oleh itu, mereka semua ditinggalkan bersama ibu. Walaupun tidak selalu bersama ayah, Chef Wan memberitahu bahawa coklat dari British yang dibeli oleh ayahnya setiap kali pulang ke rumah merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sebagai anak kecil, perasaaan gembira pada waktu tersebut memang sukar digambarkan. Ini kerana, coklat yang dibeli oleh ayah itu tidak boleh didapati di kedai runcit tempatan. Ada kalanya, ayah beliau sanggup pos coklat tersebut demi anak-anak di rumah.

Selain bercerita pengalaman bersama arwah bapa, Fara Fauzana sempat bertanya kepada Chef Wan mengenai perasaannya sendiri sebagai seorang bapa. Menurut Chef Wan, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi seorang bapa sebaik sahaja isterinya disahkan hamil. Sejak daripada itu, beliau juga akan memastikan kelengkapan, kesihatan dan kebajikan isterinya terjaga. Bahkan, sewaktu Serina dan Chef Riz lahir di dunia, beliau sanggup berjaga pada waktu malam dan menyediakan susu buat mereka.

Chef Wan turut memberitahu bahawa ada suatu masa beliau sanggup mengambil upah sebagai tukang kebun dan tukang masak di rumah orang semasa sedang belajar di San Francisco. Jelas beliau, waktu tersebut sangat sukar bagi dirinya kerana perlu menamatkan pengajian dan memberi wang perbelanjaaan kepada isteri, anak dan keluarga di Malaysia. Berkat usaha dan doa, Chef Wan bersyukur kerana dapat membantu semua ahli keluarganya yang mempunyai masalah kewangan serta masalah peribadi.

Saya bantu anak buah saya sambung belajar. Ada yang nak beli komputer riba minta dekat pak long. Malah, kakak saya yang janda pun saya yang tanggung. Bagi saya itu semua tanggungjawab. Kalau setiap orang sedar akan tanggungjawab masing-masing, sudah pasti masyarakat yang bahagia akan wujud. Itu belum cerita hal anak saya lagi, berapa banyak saya bayar dekat peguam untuk kes dia dan bekas suami.

Bercerita mengenai soal anak, Chef Wan menitiskan air mata sebaik sahaja mengenang sikap anaknya iaitu Serina yang dipercayai membelakangkannya dalam isu perkahwinan baru-baru ini. Ujar Chef Wan, kejadian yang berlaku merupakan satu tamparan yang hebat buat dirinya sepanjang menjadi seorang bapa. Namun begitu, beliau telah move on dan memberi fokus kepada dirinya sendiri sekarang ini.

Source : OhBulan
Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 27 Users voted
30.23% (13)
4.65% (2)
11.63% (5)
9.30% (4)
20.93% (9)
6.98% (3)
2.33% (1)
6.98% (3)
0.00% (0)
4.65% (2)
2.33% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mcm tu la cabaran menjadi anak dan menjadi orangtua. Dah nama pun idop redah je la, bertabahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli lah konten air mata ni

Tapi ye lah itu yang laku kat masyarakat yang boring ni. Buat lah nak buat apa janji jangan merentas negeri merata okay
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti chef sedih dua2 anaknya mcm tak 'jadi'

Apa cite kes serina? Terus senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 10:49 PM | Show all posts
heshe suka makan bontot ayam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Chef one hang amik aku buat anakkk.. mesti hang happyyyyyy... aku taat pd laki aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupum dlm ig nampk heshe kekwat, in reality heshe sgt baik ya. Dan ramah sgt. Tkde la membongak walaupun dah taraf kayangan.
Semoga heshe tabah lah sebagai bapa. Byk dugaan betul dgn anak2 walaupun masing2 dah tua bangka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 19-6-2021 12:10 AM
Walaupum dlm ig nampk heshe kekwat, in reality heshe sgt baik ya. Dan ramah sgt. Tkde la membongak w ...

Baik la sangat
Depan marhen mmgla buat2 baik
Pastu nanti dia bebel la kt ig smbil mengutuk marhen tu

Mesti baca yg baik2 je kan
Yg buruk2 tu skip kan

Lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik ulang2 cerita sama nk mintak puji

Nyesal plak gatal buka baca cni
Padahal dh lama unfollow kertu ni
Yucks
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak x sedar diuntung. Apa yg susah sgt nak dgr ckp bapak ko tu? Bila da kena jual kat siam br nak menyesal x nak ikut ckp bapak? Time tu da terlrmbt.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
57 minit?... Hampir satu jam.  Sapa wheiii yg tarak keje dok satu jam tengok live ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape dia bebel tu ade betulnya. Napa i follow die, sbb die ambil tanggungjawab sbg lelaki. Komen i yg tinggal tu, die at least bls dgn love. I bukan jenis puji2 org tp cam sembang ngb org tua. X rasa pon dia mintak dipuji. Utk pengetahuan, die x penah repeat pon jasa sumbangan die tlg Bienda masa sakit jantung. X pernah berbaik2 pon kot lepas kes. Molot je bising, tp tindakan die  ngam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah chef..Sungguhpun kdg2 aku rasa dia over bila dia expose hal2 sensitif tapi mmg aku akui dia adalah lelaki yg bertanggungjawab. Uruskan anak2 ex bini dan ibu mungkin ramai boleh buat tapi bantu adik beradik tu pun hebat. Bukan semua anak lelaki gini ye esp anak lelaki yg dh kawin. Ramai laki yg dh kawin lepas tgn bila hal jaga mak ayah mcm duit da hal perubatan mak ayah..ada yg parents sakit pun buat dendiam je dlm wassap biar adik beradik lain yg buat....nk htr parents gi hospital dahlah pun x sanggup , dh lah duit pun takut ni nk hulur tenaga nk tolong gantikan adik beradik lain sekala sekali pun xde...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:42 AM | Show all posts
hmmmm..anak dgn bapa pun kadang2 sama naik
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cabaran kita sebgai ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KucingBiru at 19-6-2021 09:17 AM

Dalam Live tu, apsal Fafau ni mcm annoying, dah la line dia yang teruk tapi Cepone yang gerak cari better network. Sakit pulak ati tgk.

Btw, cepone ponen in closet ni mulut memang hazab tapi aku suka juga tgk dia sangat productive sampai tua. Jaga mak dia bebaik. Salute.

Anyway, part minute ke 49:00 sedih. First time nampak cepone nangis. Ye la dia kerja kuat provide macam mcm utk family, sekali anak anak tak jadi. Dok bagi malu dia tak habis habis. aku pun sedih tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Chef wan mmg lelaki yang bertanggungjawab. Sayang anak2 tak menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-6-2021 10:54 PM
Chef one hang amik aku buat anakkk.. mesti hang happyyyyyy... aku taat pd laki aku

Taat pada laki tak sama taat pada mak bapak..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 19-6-2021 12:10 AM
Walaupum dlm ig nampk heshe kekwat, in reality heshe sgt baik ya. Dan ramah sgt. Tkde la membongak w ...

Very true..pernah jumpa personally, very friendly n down to earth wp iols pening2 lalat dgn keramahan mulur dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-6-2021 09:25 AM
Taat pada laki tak sama taat pada mak bapak..huhu..

Eiiii aku taaat pd mak pakk..kiranya aku ni anak solehah.. rugi cef one tak amik aku jd anak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list