Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
11344
View
131
Reply

Macam badut, murah – Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Macam badut, murah – Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo
  • Oleh NOR ERYANI YUSUP
  • 24 Julai 2021, 1:10 pm



CHEF WAN lantang mengkritik busana atlet negara pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo

PETALING JAYA – Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya.

Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya.

Di sebalik ‘hentamannya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi memburu pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara.

“Sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah.

Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 24-7-2021 09:14 PM

ok la tu cep… kalau nak jd tumpuan dunia buat mcm tonga je. xyh pakai baju. senang khuens


mesti illi sadiq bangga gila tok laki dia manpret bawak bendera india.. siap masuk and repost igs priyanka chopra lg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak je ke rasa pakaian tim Malaysia ni ok? Tak buruk n tak la bombastic... Just ok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu…bknnya join mis unibes nak pakai kerawang berkepak2

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah chef wan, ok je baju diorg. Rasanya konsep inspired dari destijil movement. Theme colour concept sama. Cuba google. Tak reti tepek gambar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Chep wan ni nsb baik siput babi je yg masuk rumah dia. Kalau babi yg masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kt mata sy ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape nye mcm badut okay je tuu cutting je salah kot .. setakat nk pakai masuk tv pun 2-3 saat x kan nk invest kat situ banyk2 baik la atlet ni fikir performance msg2 dlm olimpik x kan lq sbb baju nak bising2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain lagi tok cepwan ni yeee

Ai rasa dia chef bukan pereka pesyen kan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju diorg mmg x menarik la tgk kat TV. Tp kalau tgk gambar individu cantik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg x cantik pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:18 PM | Show all posts
Ok je.
Bukan fashion show pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah kau cep wan, nak berkerawang mcm pokok krismas ke baru nampak classy?ok dah tu..aku tengok elok je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:41 PM | Show all posts
ehh iols rasa cantik je baju2 tu??
kena je dengan tema kawaii jepun tu...

ni bukannya istana kokdiang chef wan oiii nak reka busana megah2 penuh emas ala2 patung gangga buddha srivijaya tu atau kena ada 40 pasang baju raya macam permaisuri kokdiang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:42 PM | Show all posts
Macam pasukan pancaragam skoloh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:47 PM | Show all posts
ala chef wan ni mmg kali menghentam pun...sheols je la yg terpaling betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tengok okey je. Bukan la bombastic tp as pakaian kotinjen okla. Xkan nk bkebaya songket pendek pulak nnt jd pramugari mas sume nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:59 PM | Show all posts
Edited by xAthenax at 24-7-2021 09:01 PM

corak geometry tu memang rasanya tak sesuai bagi kaka
maybe on the kain kurung, but not the tanjak and sampin
lagi selamat stick to  belang rimau

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
rhea85 replied at 24-7-2021 08:47 PM
ala chef wan ni mmg kali menghentam pun...sheols je la yg terpaling betul

sheols ek. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:25 PM | Show all posts
mmg buruk..period....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list