Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
22439
View
130
Reply

Ya, memang saya bertugas beri suntikan vaksin – Wany Hasrita

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Ya, memang saya bertugas beri suntikan vaksin – Wany Hasrita
  • Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI
  • 24 Julai 2021, 2:55 pm


Seorang penerima vaksin teruja apabila disuntik sendiri oleh Wany sebagai petugas sukarelawan di PPV UKM.

PETALING JAYA – “Ya memang saya daftar jadi sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan saya jugalah salah seorang petugas yang berikan suntikan kepada penerima.

Itu respons ringkas penyanyi Wany Hasrita kepada Kosmo! Online berhubung keterujaan ramai yang tidak menyangka penyanyi itu mampu menjalankan tugas memberi suntikan vaksin semasa melakukan kerja sebagai sukarelawan di PPV UKM.

Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Abdullah, 29, pada mulanya dia agak kekok untuk berbuat demikian kepada penerima memandangkan sudah lama meninggalkan dan tidak mempraktikkan amalan biasa dalam bidang perubatan tersebut.

“Ahad lepas (11 Julai) saya berpeluang menyertai sebagai sukarelawan di PPV UKM selama enam hari berturut-turut.

“Selain jadi sukarelawan umum, saya juga ditugaskan untuk membantu petugas-petugas kesihatan lain memberikan suntikan buat penerima memandangkan saya mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU),” katanya.

Kelebihan akademik yang dimiliki dalam bidang perubatan tersebut ternyata membezakan Wany dengan sukarelawan umum lain.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu malah menyifatkan kepercayaan dan peluang sedemikian sebagai satu penghargaan buat dirinya untuk membantu barisan hadapan (frontliner) mengekang penularan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Menurut Wany, dia juga sudah memperbaharui lesen Pembantu Perubatan yang dimilikinya sebelum ini, sekali gus bakal menjadikan tugasan menyuntik vaksin yang dijalankan di PPV sesuatu yang lebih bertauliah.

“Kerja-kerja sukarelawan ini buatkan saya rasa berkobar-kobar nak sambung perbaharui lesen sebagai MA (Pembantu Perubatan) yang dah lama berhabuk dan saya tinggalkan itu.

“Alhamdulillah Isnin lepas (19 Julai) saya sudah duduki peperiksaan Sijil Amalan Tahunan (APC) bagi memperbaharui lesen sebagai MA, keputusannya saya masih tunggu dan biasanya akan keluar dalam dua minggu ke sebulan,” ujarnya yang turut meminta semua mendoakan keputusan peperiksaannya itu.

Terdahulu, ada beberapa hantaran yang dimuat naik netizen dalam laman sosial masing-masing berkongsi keterujaan menerima suntikan vaksin daripada Wany sendiri.

Untuk rekod, beberapa selebriti lain juga pernah terlibat menjadi sukarelawan di PPV seperti Isma Yusoof, Fizo Omar, Nazim Othman, Sherry Alhadad, Amelia Henderson, Aniq Suhair Daiyan Trisha dan Nadiya Nissa. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya caprut dah ada seteru..

“Alhamdulillah Isnin lepas (19 Julai) saya sudah duduki peperiksaan Sijil Amalan Tahunan (APC) bagi memperbaharui lesen sebagai MA, keputusannya saya masih tunggu dan biasanya akan keluar dalam dua minggu ke sebulan,” ujarnya yang turut meminta semua mendoakan keputusan peperiksaannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh dek bukan hari tu gebang ijazah kamu tu eligible utk kamu jadi doktor kah? Ke propa jah? Setahu saya di bidang perubatan tanah air hanya approve MD or MBBS ( MBBCh or etc di sesetengah negara) utk jadi doktor perubatan, ijazah sarjana muda sains perubatan sangat asing utk saya iya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 24-7-2021 02:29 PM
Eh dek bukan hari tu gebang ijazah kamu tu eligible utk kamu jadi doktor kah? Ke propa jah? Setahu s ...

Hanya setakat jadi MA je. Kena buat medic jgk utk jadi doc but boleh transfer credit la, cepat sikit grad.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 24-7-2021 10:51 PM
Hanya setakat jadi MA je. Kena buat medic jgk utk jadi doc but boleh transfer credit la, cepat sik ...

Sudah cek pun, MSU offered MBBS utk medical program.. so confirm misleading jah selama ini berita beliau give up medicine utk menyanyi..
so far yang buat begitu hanya Hanie Soraya seorang jah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
weh la...selama ni ingat dia bakal dr rupanya MA je....bukan la nak kata MA tu x bgus tp sbb gebang lain sblm ni
btw tahniah la...ade jugak sumbngan musim2 cobid ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 24-7-2021 03:01 PM
Sudah cek pun, MSU offered MBBS utk medical program.. so confirm misleading jah selama ini berita  ...

Mmg ada, dah lama pun. Barch awal siap colab dgn Uni dia India, twinning program. Adik anzalna yg baru grad tu pun course sama tak silap, now cont phd
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf la tak faham course ni.. ada degree boleh kerja jadi MA hospital kerajaan ke.. MA gred 29 kan.. biasa dulu klinik 1Malaysia, MA yang jaga kan? Kalau kat swasta pula.. MA ni kerja bahagian mana.. selalu yang amik darah ni nurse kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:50 PM | Show all posts
MA ni tinggi dari nurse ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih korang ni dia cerita sumbangan dia korang tetaplah nak cari salah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 24-7-2021 10:29 PM
Eh dek bukan hari tu gebang ijazah kamu tu eligible utk kamu jadi doktor kah? Ke propa jah? Setahu s ...

Acik2 kg la xreti bezakan antara medik school dah sains kesihatan…lg sorg si bekas tunang jazlee bertahun dlu pon sama,digebang bakal dukturr walhal sains kesihatan msu jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kt dia. At least dia habis graduate course dia tu. Then seek to get herself certified. (Mudah2an lulus & beroleh lesen dia tu) Tu pn nk kutuk jgk ke. Pelik btol lah. Give credit where credit's due.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Course ni pun tak mudah jugak..


Jadi MA klinik gomen la wany .. nnti ada pencen
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 25-7-2021 01:08 AM
Acik2 kg la xreti bezakan antara medik school dah sains kesihatan…lg sorg si bekas tunang jazlee  ...

Ini kursus biomedik gitu eh sistur?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:00 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 25-7-2021 01:27 AM
Kesian kt dia. At least dia habis graduate course dia tu. Then seek to get herself certified. (Mudah ...

kannnn
sekurang nya dia jadi frontliner ada kelebihan , boleh cucuk vaksin


yg kutuk tu semua grad medik dari uni mana agaknya

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku tnya tau cuma nk pencerahan
Yg under hospital dulu pun ada gak kursus kan utk jd radiographer, MA, nurse ke skrng kursus tu dh abolish. Aku tnya sbb masa tu ayah aku suh aku apply sbb confirm ada keje. Tp mak aku xbg.. Suh apply laen
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklah..benda gini aku x kutuk. Dia tak ambik medik pon, dia boleh menyumbang pada negara bg suntikan vaksin. Lgpon sblom ni media yg bangang x paham antara medic dan sains kesihatan, media yg tulis dia bakal jd doktor. Aku x rasa dia yg bgtau dia bakal jd doktor.

Tp part menyanyi, banyak lg kena improve dekk. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah wani, dapat menyumbang utk negara
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya masa suntik tu lesen dia dah mati. Maknanya masa suntik dia tak ada lesen.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 25-7-2021 01:08 AM
Acik2 kg la xreti bezakan antara medik school dah sains kesihatan…lg sorg si bekas tunang jazlee  ...

Dia memang mbbs doktor lah. Bukan mcam wani ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list