Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
2262
View
15
Reply

Ibu Syamel di ICU

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Ibu Syamel di ICU
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


IBU dan ayah Syamel.

Kuala Lumpur: Penyanyi Syamel, 28, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, yang kini terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memaklumkan ibunya sudah tiga minggu dimasukkan hospital dan kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, Syamel menafikan ia disebabkan jangkitan Covid-19.

"Sudah tiga minggu ibu masuk hospital dan sejak seminggu lalu, dia terpaksa ditidurkan. Ini kerana dia kini terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam badan.

"Puncanya pun kami tak tahu apa. Selama ini, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan wad sepanjang hidupnya.

"Harap semua dapat mendoakan agar kesihatan ibu saya kembali pulih. Doakan juga kesejahteraannya," katanya.

Penyanyi lagu Lebih Sempurna itu juga reda tidak dapat melawat ibunya di hospital disebabkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Namun, dia berharap pernafasan ibunya akan cepat kembali baik.

"Sehingga kini saya belum dapat melawat ibu kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital. Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

"Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan. Ini kerana golongan usia sebegitu banyak menggunakan oksigen walaupun bergerak sedikit. Kalau dia boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun doktor kata sudah okay," katanya.

Terdahulu, Syamel berkongsi kebimbangan itu dan meminta doa semua menerusi Instagram Stories.

Disiarkan pada: Julai 24, 2021 @ 8:54pm

Sumber: myMetro
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih TT bukak new threads hari ni. btw, mak syamel sakit apa sebenarnya? semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
40 peratus ni merujuk kpd apa?
Gws..

"Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan. Ini kerana golongan usia sebegitu banyak menggunakan oksigen walaupun bergerak sedikit. Kalau dia boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun doktor kata sudah okay," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ibu Syamel segera sembuh & sihat.

Gosip Tempatan dah jadi Berita Selebriti Tempatan & ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga mak syamel sembuh segera. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 11:54 PM | Show all posts
ya allaah sembuhkan ibu syamell..kesian family dia...berat dugaann mereka
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Blh imagine how he's gonna looks like when he older
Just look at his dad
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
RVP20 replied at 24-7-2021 10:27 PM
Semoga ibu Syamel segera sembuh & sihat.

Gosip Tempatan dah jadi Berita Selebriti Tempatan & ahli ...

Dah bercampur aduk gosip.
Semua gosip suam2 je
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 09:43 AM | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala hal. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-7-2021 10:25 PM
40 peratus ni merujuk kpd apa?
Gws..


Maybe 40% ability paru-paru untuk tampung oksigen sendiri pada badan. Cause kalau pakai o2 gas (yang mcm nebulizer tu), mmg its considered 100% bantuan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 25-7-2021 01:16 PM
Maybe 40% ability paru-paru untuk tampung oksigen sendiri pada badan. Cause kalau pakai o2 gas (ya ...

40% ni mcm sikit sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-7-2021 01:36 PM
40% ni mcm sikit sgt..

Actually lung capacity ni, at most kita pakai dalam range 70-80%. A 40% lung capacity means dia dah masuk OCPD, but can still sustain dengan portable oxygen kat rumah, if tak silap, usually 40% consider boleh la bawak balik rumah mcm tu, anything less than 30% baru severe OCPD..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 25-7-2021 03:42 PM
Actually lung capacity ni, at most kita pakai dalam range 70-80%. A 40% lung capacity means dia da ...

Ocpd tu yg obsessive compulsive personality tu ke?  Ke copd?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 25-7-2021 03:44 PM
Ocpd tu yg obsessive compulsive personality tu ke?  Ke copd?

Oops autocorrect pulak, thanks kaka membetulkan betul, COPD,  bukan OCPD
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigojes replied at 25-7-2021 03:59 PM
Oops autocorrect pulak, thanks kaka membetulkan betul, COPD,  bukan OCPD

Sama2 kaka

Moga ibu syamel cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list