Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
24197
View
297
Reply

[Tempatan] Doktor Kontrak tunjuk perasaan pukul 11 pagi

[Copy link]

Author: cm_vungtau    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-7-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Doktor-doktor kontrak akan bergerak keluar secara beramai-ramai sebagai tanda tunjuk perasaan daripada pusat kesihatan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan di seluruh negara pada pukul 11 pagi, Isnin  ini.

Menerusi kenyataan Hartal Doktor Kontrak, ia merupakan kesepakatan yang telah dipersetujui secara bersama oleh doktor-doktor kontrak.

Kenyataan itu menjelaskan pergerakan tersebut dilakukan berdasarkan tiga keadaan iaitu kategori tidak kritikal yang menuntut doktor kontrak berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di lobi hospital masing-masing dan bergerak keluar secara besar-besaran melalui pintu utama.

Sebelum keluar, diminta (doktor kontrak) untuk passover perkara penting kepada pegawai perubatan yang masih ada di dalam wad untuk memastikan tiada pesakit yang terjejas rawatam.

Digalakkan untuk membawa bersama plakad dan merakam video perarakan untuk dimuat naik ke media sosial, katanya kenyataan itu hari ini.

Bagi situasi di unit rawatan kritikal seperti Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Unit Rawatan Koronari (CCU) , Wad Kebergantungan Tinggi (HDW) dan Wad Rehabilitasi Koronari (CRW), pergerakan keluar tepat pada waktu itu hanya akan dilakukan selepas passover kepada doktor tetap yang bertugas pada hari berkenaan.

Peraturan untuk bekerja dilaksanakan di sini. Jika diperlukan dan dipanggil oleh pihak atasan, semua yang terlibat diminta kembali ke stesen bertugas masing-masing.

Bagi pasukan Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC), Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan hospital daerah, digalakkan hanya untuk melakukan solidariti dengan memegang plakad dan mengambil video untuk dimuat naik ke media sosial pada masa yang dijadualkan, kata kenyataan itu lagi.

Dilaporkan, sebanyak 24 hospital di seluruh negara dijangka menjadi pusat kepada gerakan hartal itu termasuk Hospital Tuanku Fauziah, Perlis; Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah; Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan; Hospital Taiping, Perak; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak; Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang dan Hospital Sultan Ismail, Johor.

Hospital Sultanah Aminah, Johor; Hospital Melaka; Hospital Kuala Lumpur; Hospital Putrajaya; Hospital Sungai Buloh, Selangor; Hospital Selayang, Selangor; Hospital Shah Alam, Selangor, Hospital Ampang, Selangor; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor; Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan; Hospital Umum Sarawak
Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tawau, Sabah dan Hospital Labuan turut terlibat. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme dah sain surat aku janji ka belum?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:19 PM | Show all posts
tunjuk perasaan sebak, sedih, sayu kat medsos pun boleh.... boleh kutip derma jota2

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa kata hari tu nk letak jawatan ramai2 xjdi k
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-7-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Time-time covid ni la nak tunjuk perasaan pulak. Harap2 kena tindakan tatatertib atau lesen kena tarik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
La nk passover juga.. Tinggal je la biarkan pt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jika ph memerintah pun depa xkan serap doktor kontrak ni. ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-7-2021 12:31 PM
Laa kata hari tu nk letak jawatan ramai2 xjdi k

Ada laa 2 3 kerat dah letak jawatan

Yang lain mungkin dah rasa sedar...lrtak jawatan nanti hilang kerja..ramai doktor kuat luar sana yang tunggu peluang je utk fill in the blank

Keluar laa mogok. Ko tinggal tugas nanti rosak rekod..elok2 ada peluang nak diserap..langsung even kontrak pun tak disambung.

Doktor lain ada terpakda kerja cashier sebb belum tunggu panggilan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak keluar ke mana tuu.. Hati2 di jalan raya.. Semoga ada adik2 doktor yg mengisi kekosongan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seeriesagain replied at 25-7-2021 12:37 PM
La nk passover juga.. Tinggal je la biarkan pt..

Kalau takda sapa nak setuju pass over apa akan jadi?
Last2 tak keluar sebb alasan takleh paasover
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada doktor2 senior yang cakap kontrak ni bagus. Sebab zaman dulu2 diorang dapat permanent. Bila permanent, malas pun tapi gaji jalan. Kira macam pekerja government. Bila kontrak ni, yang pemalas2 tu boleh buang aje kalau tak buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:48 PM | Show all posts
tak akan berani pun letak jawatan
sedangkan klinik swasta yg tak cukup purata patient 30 org pun bungkus

inikan pulak doktor kontrak nak letak jawatan
angan2 nak buka klinik sendiri



tgk la apa yg dah jadi di hospital universiti dan hospital kerajaan
lps dpt peluang sambung belajar
pakar2 resign
join private
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:48 PM | Show all posts
Hartal Doktor Kontrak

It is 'simplistic' to assume that the MMC could readily take disciplinary action against individual contract doctors and strike them off the register of allegations that doctors' strike resulted in harm to the patients.

"The person or organisation that complains (against an individual doctor) has to prove that a patient suffered because the doctor didn't come to work. But if the doctor has given a reason for not coming to work that day, then he is not guilty of anything. How are you to blame the person?
Proving that a particular doctor didnt come to work for whatever reason and a patient was harmed, as a result, is not going to be easy. The onus is ultimately on the employer to look for another doctor to care for the patient."

- Dr. Milton Lum, former MMA president -

sumber : fb hartal doktor kontrak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
.. dokter .. macam tak penting
Kalau cikgu.. lainlaa..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-7-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerja swasta pun, jenis2 yang suka bawa masalah ni bagus buang aje.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 25-7-2021 12:43 PM
Ada laa 2 3 kerat dah letak jawatan

Yang lain mungkin dah rasa sedar...lrtak jawatan nanti hila ...

Tipis diaorg nk serap 23,000 org doktor nk letak kt mana
Kena pula spm cukup makan pastu smbg private atau oversea sbb xlayak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-7-2021 12:48 PM
tak akan berani pun letak jawatan
sedangkan klinik swasta yg tak cukup purata patient 30 org pun bu ...

Rasa kena gubal akta lompat dikalangan doktor pakar.

NSR freeze selama 10 tahun kalau breach the gomen bond . Setakat bayar tebus talak.
Ramai je yang mampu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-7-2021 12:31 PM
Laa kata hari tu nk letak jawatan ramai2 xjdi k

Hahaha tak berani
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 25-7-2021 12:43 PM
Ada laa 2 3 kerat dah letak jawatan

Yang lain mungkin dah rasa sedar...lrtak jawatan nanti hila ...

Yang 2, 3 berani letak jawatan tu sebenarnya yang bagus yang confident boleh survive dan bersaing di luar.
Yang kontrak ni yang haremmm .. yang nak dapat auto permanent post tapi takut di evaluate. Kalau kita, nak ke mak ayah kita dirawat oleh doktor yang below KPI? Sama lah, mereka sendiri pun takkan nak mak bapak mereka dirawat oleh geng geng mereka yang halfbaked ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 25-7-2021 12:47 PM
Ada doktor2 senior yang cakap kontrak ni bagus. Sebab zaman dulu2 diorang dapat permanent. Bila perm ...

Yes very true! Ada ke tak nak di assess, nak keje tanpa dinilai. Gaji nak, pangkat nak, kerja tak kerja ada peningkatan prestasi atau tidak tak peduli. Budak budak sekarang memang tak cerdik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list