Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
2910
View
39
Reply

[Tempatan] Menteri UMNO letak jawatan jika Darurat diteruskan

[Copy link]

Author: xpdckelate       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2021 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Menteri UMNO letak jawatan jika Darurat diteruskan

KUALA LUMPUR: Menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada UMNO akan meletakkan jawatan, sekiranya Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos depan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua Ahli Parlimen UMNO juga akan menarik balik sokongan kepada kerajaan, sekiranya darurat tetap diteruskan selepas tarikh berkenaan.
Beliau bertegas, langkah itu bagi memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April lalu.
"Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, Ahli Parlimen akan menarik sokongan dan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata demikian menjelang sidang khas Dewan Rakyat bermula hari ini, yang antara lain akan mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah kerajaan menangani pandemik COVID-19.
Ahmad Zahid menegaskan, sempena sidang Parlimen khas sehingga 2 Ogos depan, UMNO memutuskan semua Ahli Parlimen parti itu mesti menzahirkan pendirian UMNO untuk mengusulkan Parlimen mesti membahas dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat.
Selain itu, katanya, Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, ketetapan itu dibuat kerana rakyat menolak Proklamasi Darurat yang didakwa lebih memudaratkan rakyat, dari segi ekonomi dan kebajikan, termasuk pelaksanaan kompaun yang melampau dan bersifat dwistandard.
Selain itu, katanya, pelaksanaan Darurat disifatkan gagal mengekang dan menangani penularan COVID-19, dan didakwa menjadi muslihat politik dan alat memandulkan sistem demokrasi berparlimen.
"UMNO memenuhi dan mentaati Perlembagaan Persekutuan berasaskan Perkara 150(3) yang mengkehendaki Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat bukan sekadar dibahas, tetapi ditentukan keabsahannya, sama ada diluluskan atau dibatalkan.
"Parti juga memahami implikasi Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan bahawa Ordinan Darurat akan terus berjalan selama enam bulan jika tidak dibatalkan sebagaimana Perkara 150(3), sekali gus bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan terbaru 7 Julai 2021.
"UMNO turut mendokong dan mentaati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang menitahkan tiada keperluan Darurat diteruskan dan segala Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen, seiring Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2021/07/843236/menteri-umno-letak-jawatan-jika-darurat-diteruskan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2021 07:52 AM | Show all posts

Ahmad Zahid menjelaskan Ahli Jemaah Menteri dari UMNO akan meletak jawatan jika Proklamasi Darurat diteruskan. - Foto UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Valuable lagi ke apa apa statement dari Zahid? Hari tu nampak macam bergocoh within party.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2021 08:00 AM | Show all posts
ugut je keja dia...nanti pru jgn cari bersatu plak nak bergabung
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dramaaaa.. Weiii aku nak layan drama so called ustaz celup weeiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
alang alang dah positive tu.kuarantin diam diam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bukan ada jawatan pun?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak kesayangan dia x positive ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis la Malaysia...
Takde mantri.
Kah kah kah.....
Asyik ugut je keroje deme ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Darurat lah bagus... Kerana semua orang duduk di rumah saja dengan aman tak perlu ke tempat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:28 AM | Show all posts
pumpangpumpang2x..habok pon takde
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:30 AM | Show all posts
halah halah halah anak didik bang non suka wat drama
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mau nya yg dah ada jawatan nk letak jawatan..yg xdak jawatan slalunya melalak sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
wak ni gebang A... Mula2 ckp. umno tolak jwtan tpm.. bila dah dpt syp.. Krik2.. pastu skrg nk. tunjuk hero.. udah2 la drama. bukan rakyat xtau
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Puloh kali cakap nak letak jawatan tapi kentut pun takut nak berbunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
otomen_taro replied at 26-7-2021 08:39 AM
wak ni gebang A... Mula2 ckp. umno tolak jwtan tpm.. bila dah dpt syp.. Krik2.. pastu skrg nk. tunju ...

Dia dan sifu nya cakap belit-belit sampai skng takde numbers
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 26-7-2021 08:22 AM
Anak kesayangan dia x positive ke?

Kalau positif pun lalu ke dia dok umah. Kalau duduk umah mau segala benda dia nak TERPALING. Letih rakyat porak peranda
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tak laku dah cakap2 umno skrg ni..No Action Talk Only
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg pun blh letak la...hishhhh! Bingitla orgtua ni x abis2  suh ltk jwtn. Org klau bwhan dia x ikut ckp samada ko pecat terus or ko yg angkat kaki
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:00 AM | Show all posts
Pandai Zahid ni... suruh orang buat, dia tak buat.  Suruh MP keluar dari PN tapi dia tak keluar pun.  Tu yang Nazri terciduk tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list