Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1315
View
9
Reply

[Tempatan] Kontraktor Kelas G1-G4 kini boleh beroperasi

[Copy link]

Author: xpdckelate       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2021 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor Kelas G1-G4 kini boleh beroperasi

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini membenarkan sektor pembinaan membabitkan kontraktor Kelas G1, G2, G3 dan G4, kembali beroperasi sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan syarat memohon kelulusan menerusi sistem CIMS MITI.
Malah, perkhidmatan dalam rantaian bekalan yang terbabit bagi kerja pembinaan itu turut dibenarkan beroperasi.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pihak industri perlu sentiasa menyemak senarai kawasan yang terbabit dalam Fasa 1 atau 2 PPN menerusi laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, kapasiti pekerja dihadkan pada Fasa 1 PPN, iaitu 60 peratus, manakala Fasa 2 PPN boleh meningkat sehingga 80 peratus, sekiranya majikan sudah memberi vaksinasi kepada semua pekerja dan mematuhi syarat pengangkutan dan tempat tinggal.
"Apa yang perlu dilakukan bagi kontraktor G1 hingga G4 ini ialah pemohon perlu membuat permohonan menerusi Sistem CIMS MITI di https://notification.miti.gov.my sebelum dibenarkan beroperasi.
"Kontraktor juga perlulah berdaftar dengan CIDB dan mengisytiharkan projek di Sistem CIMS CIDB (cims.cidb.gov.my), manakala kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mendapatkan kebenaran beroperasi daripada PBT yang melantik atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Bagaimanapun, surat kelulusan ini tidak terpakai untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya di sini, hari ini.
Semalam, kerajaan memutuskan membenarkan semua projek pembinaan yang dibiayai kerajaan untuk beroperasi bermula 26 Julai 2021, selepas mengambil kira tidak sampai 40 peratus bajet pembangunan digunakan.
Fadillah berkata, kerja ubah suai rumah persendirian adalah dibenarkan dalam Fasa 1 dan 2 PPN, malah pengubahsuaian bangunan komersial yang merangkumi pejabat, rumah kedai, stesen minyak dan yang berkaitan turut dibenarkan dalam tempoh Fasa 2 PPN.
Namun, semua syarikat yang terbabit dengan projek yang disebutkan diatas masih perlu memohon kebenaran beroperasi daripada sistem CIMS MITI.
"Bagi kerja kecemasan dan pembaikan yang kritikal seperti kebocoran bumbung atau paip yang pecah, kontraktor hanya perlu mendapatkan surat kebenaran dari balai polis terdekat," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera, Datuk Azman Yusof, berkata pihaknya merayu semua sektor pembinaan dibuka kembali, tetapi dengan SOP ketat.
Katanya, pihaknya akur dengan keadaan pandemik ketika ini, namun beranggapan keadaan di tempat pembinaan tidak seperti yang terjadi dalam sektor perkilangan hingga tercetusnya kluster.
"Operasi pembinaan dijalankan di kawasan terbuka dan kebanyakan pekerja ialah orang tempatan.
"Malah boleh dikatakan kebanyakan tidak menggunakan terlalu ramai pekerja dan bergantung kepada penggunaan jentera atau mesin.
"Justeru, sektor pembinaan ini boleh dibuka secara berperingkat bagi memastikan projek pembangunan dan sebagainya tidak terhenti dengan begitu lama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843208/kontraktor-kelas-g1-g4-kini-boleh-beroperasi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2021 07:58 AM | Show all posts

Gambar hiasan - kontraktor ubah suai rumah juga dibenarkan beroperasi dengan memohon kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.. byk rumah terbengkalai xblh sambung reno ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 26-7-2021 07:58 AM
Gambar hiasan - kontraktor ubah suai rumah juga dibenarkan beroperasi dengan memohon kebenaran

Kalau kontraktor x berdaftar cidb mcmana?
Yg jenis tukang kampung ja
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:47 AM | Show all posts
baguslah dibenarkan beroperasi....kt kg ak ni bnyak dah rumah yang tak siap...mcm mana gaji diaorg la ye sbb tak silap diaorg kerja gaji ikut hari
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Plumber and tukang repair brg elektrik under kategori mana ye? Dah 2 bulan air tangki overflow ngan tv rosak..bile ntah baru bole repair..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kyozsamurai replied at 26-7-2021 08:47 AM
baguslah dibenarkan beroperasi....kt kg ak ni bnyak dah rumah yang tak siap...mcm mana gaji diaorg l ...

xdak gaji ler
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:11 PM | Show all posts
sejak PKP ni semua dah buat sendiri..yg simple2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:52 PM | Show all posts
boleh lah awal berdondang sebab dah boleh sambung renovate rumah
cermin jatuh kasi pasang balik ye
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2021 09:11 PM | Show all posts
haruslah replied at 26-7-2021 08:26 AM
Kalau kontraktor x berdaftar cidb mcmana?
Yg jenis tukang kampung ja

ini yang susah..kalu nak baiki sikit2 xkan nak panggil kontraktor..biasa panggil tukang kampung je senang..murah pun ye,jimat sikit belanja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list