Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1855
View
13
Reply

Hafiz Suip nafi kurus kerana bahan terlarang

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2021 01:06 AM | Show all posts |Read mode

HAFIZ SUIP

Hafiz Suip nafi kurus kerana bahan terlarang

PETALING JAYA – Gara-gara tubuh semakin kurus dan wajah mencengkung, Hafiz Suip menerima pelbagai tohmahan negatif termasuklah dituduh mengambil bahan terlarang (dadah).

Hafiz bagaimanapun memilih untuk tidak mengambil pusing perkara tersebut kerana sedar lumrah hidup sebagai seorang selebriti.

“Kalau benda tidak betul, kenapa perlu layan? Jika dilayan maknanya benda itu betullah. Kita tidak buat, kenapa perlu layan (gosip). Jika saya bercakap lebih nanti kedengaran seperti saya marah orang pula.

“Sebagai selebriti memang kita tidak boleh bercakap apa, hanya mampu terima dan kemam. Jika kita buka mulut nanti dipandang serong pula. Sebab ini lumrah hidup, seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan saya kita (selebriti) adalah milik netizen dan peminat.

“Saya kena terima hakikat tersebut dan orang di luar sana pun perlu menerima hakikat bahawa saya juga manusia biasa,” ujar Hafiz mohon dimengerti.

Sementara itu, Hafiz mengakui dia cukup tertekan apabila tahap kesihatannya kerap menjadi persoalan orang ramai.

Meskipun sedar ramai yang berasa bimbang dan mengambil berat tentang dirinya selepas perubahan tubuhnya secara mendadak namun, bagi Hafiz lebih baik merujuk atau bertanya langsung kepada dirinya terlebih dahulu daripada terus menghakimi tanpa usul periksa.

“Jika kerap ditanya, kau sakit ke? Lama-lama kita akan betul-betul sakit kerana soalan yang sama diulang-ulang. Setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah satu doa. Jika benar-benar mengambil berat, kita akan jumpa atau hubungi terus orang itu secara peribadi.

“Janganlah terus membuat tuduhan seperti mengambil dadah, keluarga tidak beri makan dan pelbagai lagi tuduhan lain yang saya terima. Memanglah saya seorang artis, hakikatnya itu kerjaya saya sahaja. Saya pun manusia biasa, jika dilempar dengan perkara sebegini memang saya tertekan,” kata Hafiz jujur.

Sungguhpun tubuhnya dilihat semakin susut, Hafiz menjelaskan, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Alhamdulillah, apa yang boleh dikatakan, saya sihat. Sihat dan sakit kita semua urusan Allah. Saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan apabila ada orang kata saya adalah masalah perlu jumpa ustaz (rawatan islam) saya pergi semua, mana-mana sahaja.

“Syukur, semua tempat yang saya pergi mengatakan saya berada dalam keadaan okey,” jelasnya yang ditemubual pada sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran lagu duet terbaharunya bersama Ernie Zakri berjudul Berakhirlah Pencarianku sebentar tadi.

Dalam pada itu, Hafiz dan Ernie buat pertama kalinya berduet di dalam sebuah lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku yang juga akan akan diangkat menjadi runut bunyi sebuah drama bersiri di Astro.

Terdahulu Hafiz telah berduet dengan ramai penyanyi popular antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Misha Omar, Faizal Tahir dan Adira.

“Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Ernie seorang guru vokal dan memiliki suara yang luar biasa. Kami telah cuba sehabis baik dan berharap peminat akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka,” luah Hafiz.

Video muzik lirik lagu single Berakhirlah Pencarianku yang merupakan kerjasama antara, Nova Music dan Rocketfuel Entertainment itu boleh ditonton di YouTube bermula 4.30 petang hari ini. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck hafis
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-7-2021 01:15 AM | Show all posts
jgn hisap ooo bahaya ooooo
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah haritu terkejut tengok ig dia nampak kurus n kurang glow..xtau lah kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dulu dia pernah kurus jugak ke sekejap, before dia making comeback... then badan naik balik sikit.. ke itu orang lain? Sebab zaman AF heols chubby sikit kan? Ke itu orang lain jugak???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
i bet dia sakit...and dia pn mcm dh makin berubah...join tabligh haritu kan...hrpn bkn apa apalaaa and kekal sihat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kurus sebab apa? Org tak kurus saja2 tanpa sebab. Samada ko kurus sbb diet atau kurus sbb penyakit. Dia kurus nmpk sakit. Org kalau diet kurus tak nmpk sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka cengkung mcam orang sakit.
Kalau betul sakit, semoga diberi kesembuhan.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:23 PM | Show all posts
Kurus salah. Gemuk pun salah. Mungkin dia tak sihat. Semoga baik2 saje ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus sbb sakit ke? Hope bukan lah sbb I minat giler dgn Hafiz. Suka dgr lagu2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:34 PM | Show all posts
omg di malaysia ni kurus salah, gemuk pun salah hokkeh. tapi paling teruk gemuk la..

macam sam cendawan tin jenama cap tip tap keluaran bersaudara tu..

sudah la gundu lepastu kepam dan busuk pulak tu lepas gemuk, dah macam ikan keli dengan misai macamtu...

hafiz ni kurus pun walaupun orang tertanya tapi still nampak ok lagi, kalau dia sakit moga sihat dan sembuh cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah i suka je tgk dia kurus mcmni cuma ya la didoakan semoga hafiz sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah. Mgkn kdg org concern tp ada gak yg mmg nk bawang je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak x sihat Hafiz ye..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-8-2021 08:41 PM | Show all posts
jgn ambil barang dah la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list