Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
4512
View
28
Reply

Ashira Aziz pun telah positif COVID-19.

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2021 01:27 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan Ashira masih lemah dan sukar bercakap, manakala suara mula hilang kerana asyik batuk serta sakit tekak. - Foto IG Ashira

KUALA LUMPUR: Penyanyi Di Ombak Resah, Ashira Aziz, 37, mengesahkan dirinya positif pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, bekas finalis program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh itu tidak pasti bagaimana mendapat jangkitan memandangkan jarang keluar rumah.

"Saya tidak pasti bagaimana mendapat jangkitan. Kali terakhir saya keluar rumah bagi mendapatkan suntikan vaksin pada 18 Julai lalu.

"Saya mula tidak sihat, sejak empat hari lalu. Saya terpaksa ke klinik berhampiran apabila sukar bernafas dan hidung tersumbat, semalam.

"Bagaimanapun, ujian calitan COVID-19 mengesahkan saya positif. Buat masa ini, hanya saya sahaja positif, manakala suami, Bad Indigo pula disahkan bebas pandemik apabila keputusan keluar, malam ini.

"Anak dan anak saudara yang tinggal bersama akan melakukan ujian calitan, esok," katanya kepada BH Online.

Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz berkongsi, hanya dirinya mengalami simptom COVID-19, manakala suami dan anak tiada apa-apa.

Katanya, suami sudah melengkapkan dos vaksin kedua dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

"Saya tetap suruh suami melakukan ujian calitan kerana bimbang keadaannya menghidap penyakit kencing manis.

"Kini, saya masih menunggu maklum balas Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Buat masa ini, saya menjalani kuarantin kendiri di rumah," katanya.


Ashira bersyukur suaminya, Bad Indigo bebas COVID-19 apabila mendapat keputusan ujian calitan, malam ini. - Foto IG Ashira

Anak kepada penyanyi veteran, Syed Abdul Aziz Syed Alwi itu berkata, dia belum mendapat maklum balas CAC dan KKM berikutan menjalani ujian calitan di klinik swasta, mungkin akan mengambil sedikit masa.

"Keadaan masih lemah dan sukar untuk bercakap. Suara sudah mula hilang kerana asyik batuk dan sakit tekak.

"Saya dapat hampir semua gejala COVID-19, cuma deria rasa masih ada, manakala deria bau makin berkurangan. Bagaimanapun, doktor di CAC minta saya terus ke hospital jika menghadapi kesukaran bernafas lagi," katanya.

Terdahulu, bapa Ashira yang juga penyanyi veteran, Syed Abdul Aziz Syed Alwi dan ibu tiri yang dipanggil Mak Norma turut dijangkiti COVID-19 pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, Ashira mengesahkan, dia tidak mendapatkan jangkitan daripada orang tuanya memandangkan sudah lama tidak bertemu mereka yang tinggal di Selayang.

"Abah menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala ibu tiri masih dirawat di hospital. Keadaan kesihatannya turun naik, ada masa okay dan sebaliknya.

"Alhamdulillah, abah tidak berdepan serangan yang teruk. Tetapi, abah perlu menjalani ujian calitan sekali lagi," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Syafakillahh ashira
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 lah..sekarang tanpa sedar dah dapat covid ni..moga dia cepat sembuh..dan moga kita semua terhindar dari covid ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujian... Semoga baik2 saja...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:50 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh... nak kata who are yusss macam tak baik walaupun memang who are yusss...

moga di permudahkan urusan dan sembuh terhindar dari penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh ashira
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya pd Allah mampu berserah..segala precautions telah kita ambik..jaga kaw2..ikut sgala sop..tp xmenjanjikan kita drpd xdijangkiti..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlaa ashira. Moga cepat sembuh. Skrg ni dah takleh nk trace dapat dr mana
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg nk g vaksin pun pk 3-4x...rmi jer otg demam2 g amik vaksin..haiz
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:03 AM | Show all posts
siannye ashira ni.mcm2 dugaan hidup dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:40 AM | Show all posts
get well soon ashira.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
adik iolss p cucuk Az kt pwtc rabu lepas..sampai ahad makin teruk ingat simptom sakit vaksin..sekali wat rtk +dia x kemana pun..pastu anak dia 4 tahun ngn laki dia pun +seleps sehari bsimpmtom demam bagai
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 31-7-2021 10:03 AM
siannye ashira ni.mcm2 dugaan hidup dia

Rasa yg sama jugak.. kesian.. rasanya yg semuanya ok, time baru2 keluar gv and tgh bercinta dgn bad tu.. lps tu satu2 dugaan dia.. harap dia kuat n tabah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:44 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 31-7-2021 08:50 AM
semoga cepat sembuh... nak kata who are yusss macam tak baik walaupun memang who are yusss...

mog ...

citer pasal dewa cendawan takde dah ke? dah mcm diam je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbudibahasa replied at 31-7-2021 11:28 AM
Rasa yg sama jugak.. kesian.. rasanya yg semuanya ok, time baru2 keluar gv and tgh bercinta dgn ba ...

sblum masuk gv pun ada kisah sedih dia kena halau rumah sewa sbb tk mampu bayar.masa kt gv tk silap kakak dia yg jaga anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
berjangkit dari mana?  Klau ikutkan dah 13 hari selepas ambik vaksin.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 31-7-2021 11:44 AM
citer pasal dewa cendawan takde dah ke? dah mcm diam je

Ada kaka, dah pindah ke bod personaliti.
Segala teh di situ yer, tapi takde vid tutorial menumbuk sambal lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia ni..baca benang sebelah, laki yg baru dikahwini plak bakal cacat kekal. Baik la menjanda je selamanya. Ni dah positif cobid plak. Aduhai.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list